” Tahniah Tok Mama cantik dapat cucu lagi.. ” – Netizen

Puan Seri Normala Samsudin Kongsi Berita Gembira, Anaknya Ruhila Selamat Melahirkan Putera Sulung. Wah Happy Betul Wajah Puan Seri Bergambar Dengan Cucu, Tahniah Puan Seri !!

Meninjau di akaun Instagram bekas pengacara Nona, Puan Seri Normala Samsudin telah berkongsi berita gembira baru sahaja menimang seorang cucu lelaki. Kongsi Puan Seri Normala, cucunya itu merupakan anak kepada anak perempuannya, Ruhila.

Menerusi posting lain sebelum ini, Puan Seri Normala turut berkongsi luahan rasa gel1sah menanti saat proses kelahiran cucunya. Puan Seri Normala menitipkan kata-kata doa agar segala urusan bersalin Ruhila akan dipermudahkan.

Selain itu, Puan Seri Normala juga berkongsi beberapa gambar ketika hadir melawat Ruhila setelah selamat bersalin. Memanjat rasa syukur sekali lagi telah menimang cucu dan berterima kasih kepada semua followers yang mendoakan urusan Ruhila, perkongsian oleh Puan Seri Normala tersebut mendapat perhatian warganet.

Jelas dilihat betapa gembira dan bahagianya Puan Seri Normala dalam gambar yang dikongsikan kerana dapat bergambar dengan cucu lelakinya yang masih belum dikongsikan nama lagi. Malah sempat Puan Seri Normala mengelarkan dirinya sebagai ‘tok mama’ .

Ikuti perkongsian di bawah ini :

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Di ruangan komen, rata-ratanya telah memberikan kata ucapan tahniah kepada Puan Sri Normala atas kelahiran cucunya. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Alhamdulillah dan congratulations for the new addition to the family. Semoga kehadiran si kecil cucu membawa seribu keberkatan, kebahagiaan dan rezeki buat seluruh keluarga.. “

” Congratulations Puan Sri dapat cucu. Semoga cucu mjadi insan yg mulia & dijaga Allah. Alahai comel betul jari tu.. “

” Alhamdulillah, tahniah tok mama cantik dapat cucu lagi. Masyaallah mulut tu merah betul, mesti handsome boy ni.. “

” Alhamdulillah tahniah Puan Seri. Selamat berpantang untuk Dr. Ruhila semoga bayi dan Dr dalam keadaan sihat sentiasa.. “

” Tahniah Puan Seri, selamat berpant4ng Ruhila, wah dapat baby boy. Semoga anak ini menjadi anak yang soleh buat orang tuanya.. “

” MashaAllah tabarakallah, alhamdulillah Puan Seri. Kemain happy tengok wajah Puan Seri dapat jumpa cucu.. “

” Alhamdulillah syukur dan tahniah naik pangkat Tok Mama Puan Seri. Semoga cucunda Puan Sri membesar menjadi anak yg soleh dan berjaya di dunia dan akh1rat, amin.. “

Kami dari Oh Kopak juga ingin mengucapkan tahniah kepada Puan Seri Normala atas kelahiran cucunya. Semoga cucu Puan Seri Normala ini akan membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik serta soleh buat kedua orang tuanya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Normala Samsudin, Ruhila Roslan

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..