“ Tahniah, power abang jaga sorang. Urwa good girl je duduk dengan Abi.. ” – Netizen

Ketiadaan Ardell Aryana Menyertai Misi Di Sabah, Nadzmi Adhwa Kongsi Video Jaga Anak Mereka, Arwa Malaikha Urwa. Alahai Sampai Berpeluh-Peluh Adhwa, Ayah Mithali Betul !!

Siapa yang tidak mengenali Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana, pasangan suami isteri yang sama cantik dan sama padan ini sentiasa menjadi perhatian netizen. Setelah mendirikan rumah tangga, mereka dikurniakan seorang anak yang comel seindah namanya, iaitu Arwa Malaikha Urwa.

Jika anda mengikuti akaun Instagram Adhwa, satu perkongsian telah dimuat naik yang menyatakan Ardell telah pergi mengikuti misi bantuan kemanusiaan di Sabah. Ketiadaan Ardell di sisi mengikuti program kebajikan itu menyebabkan Nadzmi mengambil tugas sepenuhnya menjaga Urwa yang masih kecil.

Terbaru, Nadzmi memuat naik satu video yang memaparkannya sedang memberikan susu kepada Urwa meraih perhatian netizen. Urwa kelihatan tenang dan tidak meragam apabila Adhwa memberikannya susu sambil memangku tangannya untuk Urwa minum dalam keadaan yang selesa.

Adhwa sememangnya seorang ayah yang penyayang dan suami yang bertanggungjawab dalam menjaga Urwa sepanjang ketiadaan Ardell. Kelihatan Nadzmi berpeluh di dahi membuatkan netizen tersentuh dengan semangat dan peng0rbanannya sebagai seorang ayah.

Jom kita tonton video di bawah :

Posting Nadzmi mendapat ribuan likes dan ramai yang kagum dengan usaha Adhwa menjaga Urwa yang masih kecil itu. Peminat juga memuji Urwa yang dilihat begitu comel serta mendoakan kebaikan untuk mereka sekeluarga. Antara komen-komen yang dit1nggalkan :

“ H4ussssss nyaaa kamu eii comel.. Urwa good girl je duduk dengan abi.. Sho kiyooot Mashaallah.. Sukanya tgk bila bb betul2 minum susu.. Rs puas hati.. ”

“ Syabas.. Hebat.. Dulu2 pon ayah saya yg mengasuh saya sebab mak keje luar kawasan.. Semoga urwa besar nanti sehebat dan kuat mcm ummi dia.. Aamiin.. ”

“ Ayah mithali.. Comelnya dia minum susu.. Ardell tiada dia tak buat perangai ke nadzmi.. Inspired.. Ye btol tu…truskan usaha mu ardell… Niat yg murni.. ”

“ Ayh penyayang.. So supportive.. H4us btl tu.. Tak payah g jogging dah ni.. Asalkan kuar peluh.. Hehehe.. Semoga semuanya baik² ye baik² utk adhwa dan ardell jugak.. ”

“ Power abg jaga sorang ke.. Kak ardel jr sgt niii.. Baby minum susu apa.. Kalau fm jenama apa.. Laparnya dy.. Mcm cin0 bby awk ni.. H4usss sgt tu.. Abie lmbt buat susu sy lapar.. ”

“ Pandai jaga anak.. Yess.. saya sokong ardell..semoga selamat pergi dan balik.. Tak pernah tak comel urwa ni.. Anak yang baik terus bersemangat untuk ardell.. ”

“ Bunyi tv tu dah kuat.. Tp kuat lagi baby sedut susu.. H4us nya dia ye.. Muka dia rilek je weh.. Nasib cute.. Berkeringat.. Hebat.. Tahniah.. Moga segala urusan dipermudahkan..”

Alahai, beruntungnya Urwa dapat abi mithali. Pastinya peng0rbanan Nadzmi menjadi seorang ayah ini adalah mulia dan tidak akan dilupakan olehnya sepanjang membesarkan Urwa. Semoga Nadzmi dan Urwa sentiasa sihat dan juga Ardell sentiasa dalam lindunganNya sepanjang keberadaannya di Sabah.

Silakan SHARE..

Sumber: IG nadzmiadhwa

Artikel ini disediakan oleh Berita Kopak. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..