” Tahniah Fareez, comelnya si bibir merah ni.. ” – Netizen

Bekas Juara Mentor Milenia, Fareez Fauzi Kongsi Wajah Cahayamata Sulungnya. Wah Comelnya Si Kecil Ni, Putih Gebu Macam Ibunya. Bibir Merah Tu Cute Sangat !!

Nama Fareez Fauzi mula menjadi perhatian apabila berjaya menggond0l gelaran juara Mentor Milenia 2016. Anak kepada aktor terkenal, Fauzi Nawawi ini juga sudah keluar dengan beberapa buah single antaranya Sedar dan Bersamamu.

Fareez telah mendirikan rumahtangga bersama Nurwathiqah Abdul Wahab pada Disember tahun lalu. Pasangan sama cantik sama padan ini kini sudahpun bergelar ibu bapa apabila Nurwathiqah selamat melahirkan cahayamata sulung mereka.

Meninjau akaun Instagram Fareez Fauzi, berita gembira ini dikhabarkan kepada umum. Memaklumkan tanggal 26 Oktober menjadi tarikh bersejarah buat mereka berdua apabila bayi yang diberi nama Farrel dilahirkan.

Fareez turut mengucapkan ucapan terima kasihnya untuk semua kaum keluarga dan kawan-kawan yang mendoakan Fareez sekeluarga. Gambar si kecil ini yang berkulit putih gebu turut dipaparkan. Wah bibir merah bak delima lah Farrel ni, cute sangat.

Jom baca perkongsian di bawah :

Perkongsian oleh Fareez ini telah mendapat perhatian daripada peminat dan banyak ucapan tahniah dit1nggalkan di ruangan komen. Antara komen-komen peminat :

” Tahniah Fareez dan isteri. Semoga baby Farrel menjadi anak yang baik dan soleh. Dah jadi bapak dah sekarang hehe.. “

” Alhamdulillah, syukur Tahniah Fareez, hi baby Farrel. Wah Fauzi Nawawi dah jadi atuk dah. Atuk smart gagah perkasa lagi.. “

” Terbaik wahai anak muda, alhamdulillah. Semoga baby Farrel menjadi anak yang soleh dan penyejuk hati keluarga selalu.. “

” Alhamdulillah tahniah Fareez dan isteri. Comelnya baby dia, putih melep4k dengan bibir merah tu.. “

” Comelnya baby, semoga membesar dengan sihat yer dan menjadi anak yang soleh, aamin. Welcome to the world Farrel sayang.. “

” Rasa macam baru je sh00t time single dulu. Sekarang dah jadi bapak lah. Tahniah Fareez, comel sangat babynya.. “

” Comelnya si bibir merah ni. Semoga Farrel ikut jejak langkah Fareez dan atoknya Fauzi Nawawi. Semoga jadi anak yang berguna, insan yang baik dan soleh dunia akhirat.. “

” Wah tahu tahu dah ada baby ni. Kenal dulu awak sekolah rendah lagi, dah jadi bapak ye. Tahniah, comel babynya Farrel Fareez Fauzi fuh.. “

Alhamdulillah, kehadiran Farrel pastinya membawa lebih banyak kebahagiaan dan kegembiraan dalam keluarga Fareez. Semoga baby Farrel membesar dengan sihat dan sentiasa dalam lindungan Allah. Tahniah Fareez dan isteri.

Silakan SHARE..

Sumber : Fareez Fauzi

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..