” Tahniah doktor, sangat memberi inspirasi buat kami.. ” – Netizen

Muatnaik Gambar Segak Mengenakan Jubah Konvo, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Kongsi Berita Gembira Dianugerahkan Master of Medical Science. Wah Tahniah Dr Sheikh, Semoga Terus Cemerlang Pada Masa Hadapan !!

Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor antara tokoh yang disegani ramai. Meskipun dirinya adalah angkasawan negara pertama, Dr Sheikh Muszaphar dilihat seorang yang sangat merendah diri dan tidak l0kek berkongsi ilmu.

Bagi yang mengikuti Dr Sheikh Muszaphar di akaun Instagramnya, pasti mengetahui Dr Sheikh Muszaphar suka berkongsi mengenai kehidupan hariannya termasuk lah aktiviti anak-anak buat tontonan para pengikutnya.

Terbaru, Dr Sheikh Muszaphar telah memuatnaik gambar yang memaparkan dirinya memakai jubah konvo. Kongsi Dr Sheikh Muszaphar di ruangan kapsyen, dirinya sangat berbesar hati kerana telah dianugerahkan Master of Medical Science oleh pihak Universiti Cyberjaya.

Selain itu, kongsi Dr Sheikh Muszpahar lagi, dengan menerimanya penganugerahan itu membuatkan Dr Sheikh Muszaphar berazam untuk bekerja lebih keras serta berusaha untuk menjadi lebih baik lagi. Sehingga kini posting oleh Dr Sheikh Muszaphar telah menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Ikuti perkongsian di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-rata warganet telah memberikan kata ucapan tahniah kepada Dr Sheikh Muszaphar. Antara komen-komen menarik adalah :

” Tahniah doktor, sangat memberi inspirasi buat kami. Doktor blh tak saya nak kecerdikan & bijak mcm Doktor, ada tips tak, hehe.. “

” MashaAllah, more power to you sir. Tahniah Dr, wah baru je share wife pregnant, tahu2 terima master pula, memang rezeki lah Dr.. “

” Congratulation doktor, such inspirations, semoga menjadi ilmu yang bermanfaat bagi sesama umat aamiin YRa.. “

” Alhamdulillah tahniah Doc. Anak sy pon InshaAllah akan ambil Master dlm bidang yg sm Medical Science january nanti.. “

” Im so gladd you are here at our University Dr even though im not graduating this yearr. How i wish you are here too for my graduation day next year.. “

” Hebat ciptaan Allah. Tumpang bersyukur atas pencapaian dan kejayaan Dr. Semoga kejayaan Dr menjadi contoh tauladan buat ummah. Aamiinn.. “

” Congratulations Dr. Trust me, you’ve been inspiring most of us since 2006. Will forever be inspired by you. Thank you so much Dr.. “

Wah segak bergaya Dr Sheikh Muszaphar mengenakan jubah konvo. Tahniah diucapkan buat Dr Sheikh Muszaphar atas penganugerahan tersebut. Tahun yang sangat bermakna buat Dr Sheikh Muszaphar kerana mendapat dua khabar gembira iaitu isterinya, Datin Dr Halina kini sedang hamil dan Dr Sheikh Muszaphar bakal menyambut anak ketujuh pada tahun hadapan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG drsheikhmuszaphar

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..