” Tahniah, alhamdulillah bertambah lagi ahli keluarga Datin Mastura Yazid.. ” – Netizen

Wan Emir Astar Kongsi Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Adiknya, Wan Iskandar Dan Pasangannya, Fatin Najwa. Wah Dapat Adik Ipar Lagi, Sepadan Sangat. Pengantin Lama Pun Masih Berseri-Seri !!

Meninjau akaun Instagram suami pelakon Mira Filzah, Wan Emir Astar, telah dikongsikan sekeping gambar mereka sekeluarga ketika majlis perkahwinan adiknya, Wan Iskandar. Turut sama dalam gambar itu adalah pengacara, Shalma Aina, Datin Mastura Yazid, Wan Immar Izzat dan Wan Muhammad Ammar.

Emir yang menceritakan di kapsyennya kesed1han Iskandar ketika memberi ucapan yang mengharapkan arw4h Papanya melihat hari bahagianya itu. Namun bagi Emir segala perancangan Allah adalah terbaik dan arw4h Papanya pasti tidak mahu melihat Iskandar sed1h tetapi membina hidup yang bahagia bersama pasangannya, Fatin.

Emir turut mengalukan kedatangan Fatin sebagai sebahagian daripada keluarga mereka dan mengharap Fatin akan menjaga Iskandar dengan baik dan keduanya saling melengkapi. Sudah 3 anak lelaki Datin Mastura bergelar suami dan hanya tingg4l si bongsu, Ammar sahaja lagi yang masih bujang.

Keluarga Emir yang sedondon dalam busana berwarna biru ini nampak begitu ceria di majlis Iskandar ini. Baru sahaja tahun lalu Datin Mastura menerima Mira Filzah sebagai menantu, tahun ini bertambah lagi seorang menantunya. Meriahlah rumah nanti bila ada menantu-menantu perempuan yang cantik manis semuanya ini.

Jom baca perkongsian di bawah :

Perkongsian Emir ini mendapat perhatian dan ucapan tahniah daripada netizen. Semakin meriahlah keluarga Datin Mastura dengan kedatangan menantu baru. Antara komen-komen mereka :

” Masha Allah tahniah bertambah bilangan ahli keluarga wan emir astar. anyway wajah istri kamu Amirah nmpk berseri, junior in the baking. Aamiin Aamiin yarabbal alamin.. “

” Alhamdulillah tahniah utk kedua mempelai semoga berkekalan hingga ke Jannah. Emir dapat adik ipar lagi.. “

” Alhamdulillah. Tahniah Wan Iskandar dan isteri. Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah dan berkekalan sehingga ke anak cucu.. “

” Congratsss getting another new sis in law. And best wishes to you brother, may this be joyful beginning and to many more.. “

” Tahniah. ALHAMDULILLAH bertambah lg ahli keluarga Datin mastura yazid.. membawa meriah dlm family dan semoga wan emir astar cepat dapat rezki baby utk lebih menyerikan lagi family bahgia ini.. “

” Alhamdulillah tahniah utk kedua mempelai.. smoga berkekalan hingga ke jannah inshaAllah. Pengantin lama pun masih berseri-seri hehe.. “

” They both were made and meant to be for each other, thanks for having me, barakallah to both of the Bride & Groom, heartiest congratulations to all of ur lovely family.. “

” Congratsss getting another new sis in law. And best wishes to you brother, may this be joyful beginning and to many more. “

Di ruangan Instagram story Mira Filzah dan Shalma Aina juga ada dikongsikan gambar ketika majlis berlangsung :

Sama cantik sama padan Wan Iskandar dan Fatin Najwa ini bagai pinang dibel4h dua. Semua ahli keluarga juga nampak gembira meraikan pasangan pengantin baru ini. Tahniah untuk Datin Mastura sekeluarga dan semoga keluarga ini sentiasa dalam rahmat Allah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Wan Emir Astar, IG Mira Filzah, IG Shalma Aina

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..