“ Suspen rasanya macam tengok sinetron, last-last iklan.. ” – Netizen

Fedtri Yahya Kongsi Gambar-Gambar Lukisan Anaknya, Willdan Arjuna Seperti Komik Buat Netizen Terhibur. Siap Ada Iklan Lagi. Air Perisa Tong Samp4h Pun Ada. Alahai, Pandai Dan Kreatif Betul Imaginasi Dia Ni !!

Ahmad Fedtri Yahya seorang selebriti Malaysia yang sememangnya cukup terkenal dengan personalitinya sebagai seorang pangacara. Fedtri suka berkongsi pelbagai kisah menarik buat bacaan peminatnya dan dirinya juga kerap berkongsi pelbagai kisah anak-anaknya yang comel dan mencuit hati di laman sosial.

Meninjau ke akaun Instagram Fedtri, beberapa perkongsian gambar hasil lukisan anaknya, Ahmad Willdan Arjuna dalam buku yang dikatakan seperti komik itu meraih perhatian peminat. Netizen terhibur melihat lukisan Arjuna yang dikatakan begitu kreatif dengan imaginasinya mencipta watak dan idea dalam buku itu.

Melihat kepada komik kecil anak Fedtri itu, ianya begitu lucu apabila Arjuna menggambarkan watak melalui perbualan antara kakak dengan adik. Bertambah menarik lagi apabila komik si cilik itu mempunyai iklan membuatkan ramai yang terhibur melihat apa yang mahu disampaikan oleh anak Fedtri. Alahai, bijaknya Arjuna.

Fedtri juga berasa teruja dengan imaginasi idea perisa yang direka oleh anaknya itu sehingga mempunyai iklan lagi dalam komiknya itu. Malah, iklan yang Arjuna selitkan pada komik itu membuat netizen gel1 hati kerana ramai yang menyangka iklan juga ada di dalam komik dan bukan sahaja di TV.

Jom ikuti perkongsian di bawah :

Perkongsian Fedtri mendapat pelbagai reaksi positif dan ramai yang terhibur melihat penyampaian lukisan komik anaknya itu. Malah, ada yang memuji anaknya itu begitu pandai dan kreatif sekali. Antara komen-komen yang dit1nggalkan :

“ Fuhhhh iklan berbayar ni.. director tak leh cut.. kreatif ni anak daddy.. ” – Fakhrul Unic

“ Kami mahu sambungan.. ikut drama tv3 ke tu banyak nau iklan.. tep0kk hihi clever boy cik fhm ape arjuna nk smp kan.. Hahaha perisa tong samp4h tu.. ”

“ Suspen rasenye.. mcm tgk sinetron.. last2 iklan.. Macam cerita indo, siap ada close up.. Then tiba2 bersambung.. Junaaa.. Iklan wajib ada.. ”

“ Iklan berbayar tak.. Mesti terpengar0h dengan drama pukul 7 ni.. Sebab banyak sangat iklannya.. kelako lah arjuna ni.. bijak betui.. part iklan tu aihhh junaaa.. ”

“ Byk iklan arjuna.. aunty tak ske iklan, teruskan dgk karya please.. Bijak sungguh juna ni.. kakak kami mahu sambungan.. Loveeee, we want more Arjuna.. ”

“ Ni betul2 dramatik.. Ad0hai dah boleh buat buku komik ni.. Kreatifnya juna.. Bleh dijadikan koleksi komik juna.. Boleh pulak komik ada iklan haha.. ”

“ Best la arjuna ni.. menghiburkan.. Comelnya.. Siap ada iklan.. Nak baca sambungan.. Ni kalah youtube ni, kejap kejap iklan haha.. Kreatif sungguh.. ”

“ Imaginasinya terbaik.. Siap ada iklan lagi.. Jarang2 komik ada iklan.. Terbaik.. Good development for kids.. Jangan skip iklan okay.. Kakak jer1t adik je, terus iklan.. ”

Alahai, seronok betul tengok komik Arjuna. Pastinya Fedtri suka melihat perkembangan dan kreativiti anak-anaknya. Semoga Fedtri sentiasa sihat dan terus sukses dalam apa jua bidang dilakukan serta bahagia di samping keluarga tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber: IG fedtriyahya                                                   

Artikel ini disediakan oleh Oh Kopak. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..