” Suka tengok Dato’ dan Jasmin dulu-dulu, handsome dan cantik.. ” – Netizen

Dato’ Eizlan Yusof Thr0wback Gambar Photosho0t Lama Bergandingan Dengan Jasmin Hamid. Wah Cantik Dan Kacaknya Jasmin Dan Eizlan Sewaktu Muda, Tak Banyak Berubah. Sekarang Pun Maintain Je !!

Dato’ Sri Idris Md Yusof atau nama komersialnya iaitu Eizlan Yusof merupakan seorang pelakon dan pengarah Malaysia. Eizlan mula berkecimpung dalam dunia perfileman pada tahun 1994 melalui filem kad Cinta. Eizlan telah terlibat dalam pelbagai filem dan melakonkan pelbagai watak

Meninjau ke laman Instagram Eizlan, telah dikongsikan gambar photosho0tnya bersama dengan pelakon Jasmin Hamid. Eizlan yang mengenakan baju kot berwarna kuning mustard bergambar bersebelahan dengan Jasmin yang mengenakan baju blouse bersama kain berwarna putih.

Kedua-duanya mereka bergambar di atas sebuah jambatan. Dikatakan bahawa gambar photosho0t ini adalah untuk majalah Mangga atau URTV yang sangat popular pada zaman tersebut. Mereka berdua kelihatan seperti pasangan sama cantik sama padan apabila digandingkan bersama.

Eizlan dan Jasmin sangat popular pada zaman tersebut. Bukan sahaja mempunyai rupa yang kacak dan cantik, lakonan mereka juga mantap dan masih diingati sehingga kini. Menerusi kapsyen tulisan Eizlan, Eizlan mengatakan bahawa Jasmin daripada dulu sehingga masih lagi kekal cantik.

Ikut perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Rata-rata memuji ketampanan Eizlan dan kecantikan Jasmin yang tidak pudar daripada dulu sehingga sekarang. Ada yang mengatakan mereka suka dengan lakonan kedua-dua selebiriti ini. Antara komen-komen peminatnya:

” Sy ingat coat kuning mustard ni Dato.. hehe saya ingattt hehehe sbb dlm majalah urtv ke apa ke lupa tajuk .. ada Dato photosho0t baju dan dan satu lagi tshirt berjalur.. sy ingat tshirt tu gak hehehe.. “

“ Dulu dato berlakon citer main badminton masa saya kecik2.. Lupa dah tajuk apehaa.. Masa tu fuhh hensem.. Skrg mantap.. Dua2 pun masih hot.. Both of you acting really gd.. Dua2 pelakon hebat.. “

“ Wajah Jasmin Hamid muda2 macam actress muda sekarang Mimi Lana seh.. Dulu slim.. Cantik.. Classic hahahahah.. Dulu h0t sekarang pun hot dua dua.. Terbaik.. “

“ Lawa sgt dua2… Fav actor saya dulu.. Very hot the both of u.. Macam thr0wback media hiburan pulak.. Rindunya zaman ni.. Zaman majalah manga.. sama2 padan.. “

“ Pelakon lagenda.. Sy penah jmpa jasmin hamid di bazar ttdi lawa masa tu walaupun pakai simple je.. Cantik sampai sekrg.. Seniwati Jasmin Hamid tetap dihati.. “

“ Dari muda sampai sekarang tetap ganteng.. Halus nya badan jasmin dulu2.. kak jasmin memg cntik dr dlu.. suka sgt lakonan kak jasmin.. Cute laaa kak min jasminhamidjh mulut tu comel.. “

“ Suka tgk dato dan jasmin dulu2 hensem dan cntik jasminhamidjh eizlanyusof.. Dato sri maintain je.. smpai sekarang.. dulu rambut panjang skg pendek.. skit.. zaman jaguh jaguh ni.. “

Kedua pelakon senior ini masih bertahan dan relevan sehingga sekarang dan wajah mereka berdua kekal cantik dan kacak seperti muda-muda dahulu seakan-akan tidak dimamah usia. Semoga kedua-duanya terus menghiburkan semua peminat dengan lakonan mereka yang mantap.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Eizlan Yusof

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo OH Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..