” Sufian fotostat muka ayah lah.. ” – Netizen

Gambar ‘Thr0wback’ Sufian Suhaimi Ketika Kecil Bersama Keluarganya Cur1 Perhatian Peminat. Amboi Part Senyum Tu Memang C0py Pak Suhaimi Betul !!

Nama penyanyi Sufian Suhaimi menjadi popular menerusi lagu single hits iaitu ‘ Terakhir’ dan ‘ Di Matamu’ . Malah, kini selain bergelar seorang penyanyi, Sufian juga telah mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan pula.

Bagi yang mengikuti perkembangan Sufian di laman media sosial, pasti tahu bahawa dirinya kurang berkongsi mengenai hal peribadinya kepada umum dan hanya berkongsi mengenai perkembangan kerjayanya sahaja buat peminat-peminatnya.

Terbaru, Sufian telah berkongsi gambar thr0wback ketika kecil di akaun Instagram. Sufian memuatnaik gambarnya bersama ibu bapanya serta adik beradiknya yang lain. Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian peminat.

Kelihatan pada gambar yang dikongsikan itu, Sufian berada di sebelah ayahnya, manakala dua lagi adik beradik Sufian berada di atas riba dan sebelah ibunya. Perkongsian gambar tersebut telah mendapat belasan ribu tanda suka daripada netizen sehingga kini.

Ikuti perkongsian gambar itu di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang menyatakan bahawa wajah Sufian mirip seperti bapanya. Ada yang turut memberikan kata ucapan selamat hari lahir kepada Sufian sempena hari lahirnya pada 3 Mei baru-baru ini. Antara komen-komen menarik adalah :

” Comel Sufian masa kecil, manis je senyuman. Sufian memang ada tiga adik beradik je ke, atau ada lagi yang lain.. “

” Muka memang c0py Pak Suhaimi betul, cara senyum tu memang tak lari skit pun. Tengok gambar ni mesti tak sangka dah tua kan sekarang.. “

” Comelnya budak yang berbaju merah tu, oo yang sulung perempuan ye, Sufian anak no dua, ada ada laki bawahnya.. “

” Budak piano ni muka abah rupanya, dari kecik muka dah hensemboii Sufian, semoga Sufian sentiasa bahagia bersama keluarga.. “

” Happy Birthday Sufian, semoga sentiasa dimurahkan rezeki selalu dan sentiasa dalam rahmat Allah, amin,amin, amin ya rabbalalamin.. “

” Selamat hari lahir Pian, semoga cepat bertemu jodoh, berjaya dalam kehidupan dan menjadi anak yang soleh, amin.. “

Comel Sufian masa kanak-kanak dulu, memang nampak mirip seperti wajah bapanya. Mungkin tidak terlambat untuk kami dari Berita Kopak mengucapkan selamat hari lahir buat Sufian, semoga Sufian sentiasa dimurahkan rezeki dan bahagia bersama insan-insan tersayang, amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sufian Suhaimi

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..