” Subhanallah comel sungguh lah awak ni Aisywara.. ” – Netizen

Video Dan Gambar Majlis Aqiqah Anak MUA Bellaz, Nur Aisywara Nealofa Raih Perhatian Warganet. Alahai Cantiknya Aisywara, Senyum Je Duduk Dalam Buai. Mata Tu Kenapa Cantik Sangat. Part Yang Tertulis Pada Papan Tanda Tu Memang Patut !!

Sebelum ini berita kelahiran bayi jurusolek popular, MUA Bellaz telah menjadi perbualan ramai kerana anak keempat MUA Bellaz ini sememangnya sangat comel dan seindah seperti nama yang diberikan kepadanya iaitu Nur Aisywara Nealofa.

Bahkan Bellaz juga sering berkongsi gambar-gambar Aisywara di akaun Instagramnya dan perkongsian gambar terbaru Aisywara sangat dinantikan warganet. Terbaru, Bellaz ada memuatnaik gambar-gambar sekitar majlis Aqiqah Aisywara.

Dalam gambar tersebut memaparkan Aisywara sedang tidur nyenyak ketika Majlis Berendoi berlangsung. Manakala satu posting lain memaparkan Aisywara berada dalam buai pusing dan sedang tersenyum ketika video sedang direkod.

Malah Bellaz turut berkongsi satu papan tanda yang bertulis meminta para tetamu yang hadir tidak menyentuh dan menc1um Aisywara untuk menjaga kesihatan Aisywara. Sehingga kini, setiap posting yang dikongsikan Bellaz itu telah mendapat puluhan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke Instagram.

Ikuti perkongsian di bawah ini :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Lagi, gambar Aisywara dikongsikan di IG Story Bellaz :

Di ruangan komen, ramai yang memuji kecomelan Aisywara dan mendoakan kesejahteraan buat si comel ini. Antara komen-komen menarik adalah :

” Subahanallah comel sungguh lah awak nie Aisywara, tak puas tengok. Indah betul ciptaan Allah, masyaAllah.. “

” Tak nak komen byk2 nak kata comel comel comel comel sangat sangat lah anak Bellaz ni, ger4m betul tengok.. “

” Amboii manisnya dia senyum. Nama dah lah sedap, muka pun cantik sangat. Moga Aisywara jadi anak yang solehah.. “

” Masya Allah teringinnya nk ada baby girl cmni, comel sgt behave lak tu. Semaga segalanya berjalan dengan lancar.. “

” Ya Allah comelnya segak mcm mak dia, Alhamdullilah. Pandai Bellaz cari nama untuk anak, seindah wajah dia.. “

” SubhanaAllah cantik sungguh Aisywara. Bagus betul dia, siap tidur nyenyak tu. Semoga Aisywara membesar jadi anak yang baik, penyejuk hati mama dan ayah.. “

” MasyaAllah, cantiknya budak comel ni. Mata tu bersinar macam permata. Moga terus membesar dengan sihat ya Aisywara.. “

Alahai manis betul senyuman Aisywara patut lah ramai yang ger4m tengok Aisywara. Apa-apa pun semoga Aisywara terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah buat kedua orang tuanya serta berjaya di dunia dan akh1rat. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG muabellaz

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..