” Suara sama dengan arw4h, hilang rindu.. ” – Netizen

Video Nyanyian Anak Mr. Os, Dewa Arteh Raih Perhatian Ramai. Wah, Suara Tu Memang Sebijik Sama Macam Suara Bapanya !!

Pastinya ramai masih ingat dengan pelakon, penyanyi dan pelawak iaitu Mr. Os atau nama sebenarnya Mohd Yusof bin Abdul Hamid. Untuk makluman, Mr. Os men1ngg4l dunia pada tarikh 8 April 2016 di usia 55 tahun.

Meninjau ke akaun Instagram anak lelakinya bernama Dewa Arteh, satu video yang dikongsikan telah meraih perhatian ramai. Dewa telah menyanyikan semula lagu arw4h bapanya iaitu Durian Dah Berbunga.

Dewa menyanyikan lagu tersebut atas permintaan peminat dan nyanyian Dewa ini sangat mengimbau kembali memori arw4h bapanya. Ini kerana suara nyanyian Dewa terdengar sangat sama dengan suara bapanya.

Perkongsian ini telah menerima lebih daripada 300 tanda suka buat masa ini sejak ia dimuatnaik. Ramai memuji nyanyian Dewa dan di ruangan komen juga ramai yang meminta Dewa menyanyikan lagu arw4h yang lain pula.

Jom tonton video di bawah :

Ramai yang memuji suara Dewa sama dengan suara arw4h ayahnya. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Alfatihah buat mr os.. baru tahu arteh anak arw4h mr.os .wahh best bakat dari Sepahtu .terbaikkkk.. best.. mcm suara mr os lah.. “

”  Sedap suara kamu dewa… Ce buat video zikir pulak.. Sedappp… Masuk.kelas vokal la dewa.. Kasi mant0ppp lagi.. “

” Arwah mr os dulu memang famous kat sarawak terutamanya bngsa iban. Ada cerita iban lakonan arw4h tapi aku dah lupa tajuk nama cerita.. “

” Sebijik suara.. bang tlg nyanyi lagu boria kuala lumpur.. mr os terbaik al fathiah.. sekarang ni dah musim durian.. “

” Tak pernah jemu dengar lagu arw4h .. semoga beliau di tempatkan dengan golongan orang-orang beriman.. “

” Ya Allah hilang rindu dengan suara emas tu.. suara sama dengan arw4h..  boleh tak request lagu kembar siang.. “

Wah, memang terdengar seiras suara Dewa dengan arw4h bapanyas. Jika hanya mendengar nyanyian Dewa sahaja tanpa melihatnya pasti ramai menyangkan itu adalah suara Mr. Os. Semoga Dewa Arteh berjaya mengasah lagi bakat nyanyian yang dimilikinya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dewa Arteh

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..