” Stylo sepanjang masa abang.. “

Penampilan Terkini Andy Flop Poppy Buatkan Ramai Yang Tidak Sangka. Wahh.. Lama Sungguh Kan Kita Tak Tengok Andy. Alhamdulillah !!

Masihkah anda ingat akan lagi kumpulan Flop Poppy ? Yang terkenal dengan lagu-lagunya yang romantis dan cinta yang bukan leleh. Kumpulan ini bermula dengan mencipta nama menerusi lagu Cinta, Aku & Kamu, Masih Ada Cinta dan Rest of My Life.

Vokalis kumpulan Flop Poppy, Andy atau Megat Effendy Zakaria, 48 tahun kini lebih banyak membuat kerja dibelakang tabir jika dibandingkan dahulu.  Jika dilihat menerusi Instagram beliau, beliau banyak menghabiskan dengan menghadiri majlis-majlis agama.

Perubahan beliau kini sangat berbeza jika dibandingkan imej beliau yang terdahulu. Malah kini beliau kelihatan sangat bahagia bersama keluarga tercinta. Andy mempunyai 8 orang cahaya mata iaitu bersama isteri pertamanya 7 orang dan seorang anak isteri keduanya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Andy turut berkongsi satu gambar terkini beliau. Kelihatan  raut wajah sangat berbeza kerana beliau mempunyai janggut. Namun jiwa beliau pada dunia muzik tetap sama dan gaya penampilannya masih bersahaja seperti dahulu.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah :

Rata-rata netizen seperti turut merindui Andy  dan mereka memberikan komen bahawa Andy masih kelihatan seperti dahulu. Antara komen-komen berikut adalah :

” The Long n Winding Road… “

” Steady baba.. “

” Kau masih cantik seperti dulu…. Lalallalalaalla.. “

” Pegang gitar terus nmpk muda tu bang.. “

” Terbaik  baba__andy classic.. “

” Stylo sepanjang masa bang baba__andy.. “

” No lah.. Just nice .. “

” Tetap muda.. “

Woww.. Andy masih kelihatan stylo seperti dahulu, meskipun imejnya kini mempunyai janggut. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Andy sentiasa dimurahkan rezeki, bahagia di samping keluarga tersayang dan moga segala urusan Andy sentiasa dipermudahkan. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Baba Andy Berita Kopak / Oh Kopak

Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..