” Sorang ja c0py paste mummy, yang lain c0py paste daddy.. ” – Netizen

Gambar Terbaru Fad Bocey Bersama Keluarganya Cur1 Perhatian Ramai Peminat. Alahai Comel-Comel Anak Fad, Yang Kecik Tu B4mbam Betul Tengok !!

Meninjau di akaun Instagram isteri pelawak terkenal, Fad Bocey iaitu Syaheera telah berkongsi gambar terbaru keluarga mereka. Menerusi gambar itu kelihatan kesemua anak-anak pasangan ini turut serta bersama.

Tulis Syaheera, anak-anak ini adalah harta yang paling berharga anugerah Allah kepada dirinya bersama Fad. Malah di akhir penulisan Syaheera sempat berseloroh bahawa jika mahukan jumlah anak yang besar (ramai), dia perlu mengandung lagi, namun perancangannya adalah 5 tahun nanti.

Perkongsian gambar itu telah menarik perhatian ramai. Manakan tidak, anak-anak Fad sudah kelihatan besar dan comel. Ada yang menyatakan anak kecil pasangan ini yang bernama Ibrahim Jibriel kelihatan begitu ‘semangat’ badannya.

Hingga kini gambar keluarga Fad itu telah mendapat lebih 40 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke Instagram. Wahh, anak kembar pasangan ni pun dah besar, pantas betul masa berlalu. Meriah tengok gambar keluarga Fad ini.

Ikuti perkongsian gambar tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya telah memberikan kata pujian kepada anak-anak pasangan ini. Antara komen-komen menarik adalah :

” Comelnye anak d4ra yang belakang tu, kenan kite. Kalau dekat boleh pinjam ajak main, jd kawan, hehe.. “

” Semoga sentiasa bahagia dan dilindungi Allah. Baru perasan, yang belakang Fad tu ada iras Matin anak Shuib.. “

”  Yang bongsu macam tak pueh hati jee. Comel semua anak-anak Fad dan isteri, semoga Allah sentiasa lindungi keluarga ini.. “

” Muka semua sama ja rasanya bila sekali pandang, hehe. Comel, lagi2 yang si rambut kerinting belakang tu, senyum meleret.. “

” Sorang jaa copy paste mummy yang lain copy paste daddy dia. Hahha tapi semuanya comel-comel belaka.. “

” Wah besar dah anak-anak yer, rasa macam baru je Fad dan Syaheera kahwin. Dah ada anak empat orang pun.. “

” Pipi Ibrahim tu, ger4m lah tengok. Dia ni memang badan semangat betul. Yang lain dlu badan tak macam ni. Mesti Ibrahim kuat minum susu ni.. “

Fad dan Syaheera telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2015. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata dan tiga orang lagi iaitu, Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan (kembar) serta seorang puteri, Nur Aminah Mishal.

Silakan SHARE..

Sumber : IG  Syaheeraarahman

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..