” Sopannya Azil makan.. “

Zarina Zainuddin Kongsi Video Anaknya, Azil Sedang Bersarapan Telah Mendapat Pujian Netizen. Alahai.. Happy Ja Tengok Azil Makan !!

Suka tengok semangat pelakon Zarina Zainuddin dalam membesarkan dua orang anaknya yang mengh1dap Aut1sme. Melihat Zarina Zainuddin berkongsi video, banyak perkara yang kita semua dapat pelajari sepanjang beliau menjaga anak kembar lelakinya Azil dan Azal itu.

Azil dan Azal kini telah berusia 24 tahun dan untuk pengetahuan, Azal yang merupakan adik kepada Azil mampu bertutur dengan baik, manakala abang, Azil tidak boleh mampu bertutur. Kasih sayang seorang ibu dapat dilihat apabila Zarina dengan sabar membesarkan anak-anaknya ini dengan penuh kasih sayang.

Selain bekerjaya sebagai pelakon, Zarina juga terkenal dengan jualan pulut kuning bersama rendang yang mendapat sambutan positif pelanggan. Zarina telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Raihan Wan Jaafar merupakan isteri kedua dan mempunyai 4 orang cahaya mata lelaki.

Menerusi Instagram, Zarina telah berkongsi video terkini, yang merakamkan anaknya, Azil sedang bersarapan pada pagi tadi. Video itu kelihatan Azil  sangat tenang menjamu selera, malah gaya beliau makan telah mencur1 perhatian netizen kerana Azil sangat sopan.

Ikuti perkongsiaan video tersebut di bawah :

View this post on Instagram

Happy breakfast Azil ❤️

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

Rata-rata netizen turut memuji Azil yang dilihat sangat sopan ketika menikmati hidangan sarapan pagi. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Azil be a good boy.. “

” Sarapan ape tu Azil… Sedap nye… “

” Sopannya Azil makan.. “

” Aku suka cara makan Azil , pelan dan tenang.. “

” Azil makan sopan.. “

” Sopannnnn jer dia mkn.. “

” Aura nampak terpancar happy Azil .. “

” Seronok sgt tgok dia mkn.. Jd terkeliur plak.. “

Sejuk mata tengok Azil makan dengan penuh tertib. Bagus  Zarina ajar anaknya  dengan penuh kesabaran. Kasih sayang ibu pada anak-anak tiada ternilai meskipun apaa jua keadaan anaknya dia tetap sayang. Kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Zarina sekeluarga sentiasa bahagia. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber :IG Zarina Zainuddin by Berita Kopak / Oh Kopak

Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak/ Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..