” Soalan win, jawapan padu. Alhamdulillah.. ” – Netizen

Soal Jawab Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri Bersama Ustaz Azhar Idrus Tentang PKP Di Bulan Ramadhan Buat Ramai Terhibur. UAI Kalau Tak Lawak Memang Tak Sah !!

Menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam Hal Ehwal Agama, pelantikan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri disambut baik oleh seluruh rakyat. Bekas mufti Wilayah ini sememangnya seorang yang tegas dan peramah dengan sesiapa sahaja.

Sepanjang berkuatkuasanya perintah kawalan pergerakan kerana menularnya wab4k C0v1d-19, segala pergerakan terbatas dan ketika ini semuanya dilakukan secara online dan live. Dr Zulkifli juga turut sama menganjurkan live di akaun Instagramnya dengan menjemput pendakwah bebas tersohor Ustaz Azhar Idrus membincangkan topik ” Deme wak mende PKP ning “.

Ustaz Azhar yang sememangnya popular dengan ceramah agama yang diselangselikan dengan jenaka spontannya adalah salah seorang penceramah yang cukup disegani dan mempunyai ramai peminat. Anak kelahiran Terengganu ini pasti akan menjadi tumpuan setiap kali beliau mengadakan ceramah di tempat terbuka ataupun di majlis ilmu anjuran masjid.

Menerusi akaun Instagram, Dr Zulkifli telah berkongsikan sedutan live beliau bersama Ustaz Azhar yang membincangkan tentang amalan Ramadhan sekiranya masih dilanjutkan PKP. Ustaz Azhar seperti biasa jawapannya pasti akan terselit lawak jenaka namun tetap sampai ilmu yang ingin disampaikan itu.

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata netizen memuji cara dakwah Dr Zulkifli dan Ustaz Azhar ini. Antara komen-komen netizen :

” Bila orang-orang hebat berbicara. SubhanAllah. Terima kasih dato dan UAI. Semoga kita dapat menghirup udara Ramadhan kalini dengan tenang. Aamiinn.. “

” Dalam bal4 ada nikmat.. Alhamdulillah.. “

” Sukanya.. Para ilmuan agama begini.. Terbaik.. “

” 20sen, 60sen, 80sen. Tetap ambil iktibar, InsyaaAllah. Soalan win, jawapan padu. Alhamdulillah.. “

” SubhanaAllah.. Bertambah ilmu saya dengan pengisian macam ni. Alhamdulillah.. “

” Mantap soalan dan kupasan jawapan.. “

Seronok sungguh perkongsian ilmu antara Dr Zulkifli dan Ustaz Azhar Idrus ni. Penjelasan yang cukup simple namun padu. Dalam terselit lawak pun tetap ada perkara yang berguna disampaikan. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga murabbi ummah ini sentiasa dilindungi Allah dan panjang umur. Insha Allah..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dr Zulkifli Al-Bakri, IG Ustaz Azhar Idrus by Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..