” So cute Emelia, kemain lagi dah macam store manager check stocks je, haha.. ” – Netizen

Video Gelagat Anak-Anak Kecil Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Ketika Dapat Ke Kedai Mainan Buat Ramai Terhibur. Paling Comel Gelagat Emelia, Teruja Betul Gayanya Bila Nampak Banyak Mainan !!

Bagi yang mengikuti perkembangan angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor pasti sedia maklum yang Dr Sheikh Muszaphar seorang yang suka berkongsi video perkembangan anak-anaknya di laman media sosialnya.

Paling menarik perhatian adalah gelagat anak-anak kembar Dr Sheikh Muszaphar iaitu Sheikh Adam, Sheikh Noah, Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia. Ada sahaja gelagat comel mereka ini yang berjaya mencu1t hati warganet yang menontonnya.

Terbaru, Dr Sheikh Muszaphar telah berkongsi video yang memaparkan dirinya bersama isteri tersayang, Datin Dr Halina telah membawa anak-anak mereka ke sebuah kedai mainan. Namun yang menarik perhatian pada kali ini adalah gelagat anak kecil mereka, Emelia yang begitu teruja dapat melihat pelbagai mainan.

Tulis Dr Sheikh Muszaphar di kapsyen, anak-anaknya memang jarang di bawa ke kedai mainan dan apabila di bawa, mereka seolah rambang mata untuk memilih mainan yang disukai mereka. Selain itu, akui Dr Sheikh Muszaphar ia juga merupakan satu cab4ran memastikan anak-anak memilih satu mainan sahaja untuk setiap orang.

Jom tonton perkongsian video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur melihat gelagat comelĀ  Emelia dalam video tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :

” So cute Emelia, kemain lagi dah macam store manager check stocks je, haha. Ger4m je tengok gelagat dia tu.. “

” Nampak Emelia dan Eusof paling teruja. Dengan baju tidur dia, jalan letak tangan belakang, happy betul nampak banyak mainan.. “

” MashaaAllah, so cute and happy the kids, even thou just pegang balloons pun mrk dah happy. Paling cute Emelia lah Dr.. “

” Always a mistake kalau soh dorang choose on their own. Tapi apapun mummy will always make sure only 1 toy is allowed.. “

” Amboi mak nenek Emelia jalan tangan silang belakang, sape dia ikut tu Doc Sheikh. The way she do her surveying, very much an observer, teringin nk tahu apa yg Emelia pilih.. “

” Susah nak buat pilihan ya Emelia? Aunty pun faham perasaan tu, hehe nampak happy betul ye dapat berlari2 pilih mainan.. “

” Cuteness overload, hahahha tangan kat belakang tu tak tahan betol laa Emelia ni dah macam tengah melawat kawasan.. “

Perkara yang paling anak-anak teruja adalah dapat pergi kedai mainan, macam-macam gelagat kita dapat tengok. Memang comel gelagat Emelia, betul-betul nampak Emelia seronok. Apa-apa pun, semoga anak-anak Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina terus membesar dengan sihat dan menjadi anak-anak yang baik.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dr Sheikh Muszapahar Shukor

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..