” So cute. Cepatnya membesar !! “

Gambar-Gambar Sambutan Hari Lahir Anak Bongsu Zizie Izette, Aalisa Belle Yang Begitu Meriah. Alahai, Comel Sangat Aalisa !!

Zizie Izette merupakan seorang pelakon yang dahulunya banyak membintangi drama-drama di kaca televisyen. Namun selepas beliau mendirikan rumah tangga bersama Dato Bung Mokhtar Radin pada Disember 2009, beliau tidak lagi aktif dalam industri hiburan.

Zizie lebih banyak menumpukan perhatiannya kepada keluarga tambahan pula selepas dikurniakan anak. Perkahwinan mereka telah diserikan dengan tiga cahaya mata di mana sepasang kembar lelaki dan seorang anak perempuan.

Zizie juga turut mengambil dua orang anak angkat sebelum beliau dikurniakan anak sendiri. Kehidupan Zizie dan suaminya kini dimeriahkan dengan ramai anak-anak. Setiap seorang anaknya mempunyai seorang pengasuh yang boleh meringankan tugas Zizie untuk menjaga kelima-lima anaknya itu.

Menerusi akaun Instagram, gambar-gambar sekitar majlis sambutan hari lahir anak bongsu Zizie Izette, Aalisa Belle telah dikongsikan. Bertemakan warna putih, majlis nampak begitu meriah dan indah dengan dekorasi rama-rama. Aalisa menyambut hari lahirnya yang ke satu tahun.

Rata-rata netizen mengucapkan selamat hari lahir kepada Aalisa. Antara komen-komen mereka :

” Aloooolo, soo cute! Cepat nya membesar! “

” My goodness, gorgeous babies semua.. “

” Happy bday baby girl semoga menjadi anak yg berbakti pada ibu bapa..amin. “

” Happy birthday baby comel n m0ntel smua.. Aww.. Kiutnya… “

” Happy bday Aalisa Belle semoga jadi anak yang solehah ..aamiin.. “

” Adududuuu kiut2 o dorg. Happy birthday chicabell. Love you! “

” Comelnya. doakan sy ada anak jgk.. “

Lagi gambar yang dikongsikan :

Comel-comel sungguh anak-anak Zizie. Admin pun ger4m melihatnya. Kami di Berita Kopak mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Aalisa Belle. Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah serta berjaya di dunia dan di akhirat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zizie Izette by Berita Kopak / Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..