” So adorable, pretty baby with classic name.. ” – Netizen

Wajah Terkini Anak Che Puan Juliana Evans, Tengku Kamiliah Bersama Sepupunya, Tengku Kamariah Raih Tumpuan Peminat. Wah Dua-Dua Comel, Macam Anak Patung. Muka Mat Salleh Sangat !!

Pelakon cantik ini kini dikenali sebagai Che Puan Juliana Sophie Evans setelah menikahi salah seorang kerabat diraja Selangor, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah. Dikurniakan seorang puteri dan menamakannya sebagai Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah Tengku Shariffuddin.

Meninjau akaun Instagram Juliana, telah dikongsikan sekeping gambar terkini Tengku Kamiliah yang dipanggil sebagai Mily. Bakal berusia 2 tahun dalam beberapa bulan lagi, Tengku Kamiliah yang banyak mewarisi wajah cantik Juliana ini membesar dengan sihat dan aktif.

Menerusi perkongsian ini, turut bergambar bersama adalah sepupu Tengku Kamiliah bernama Tengku Kamariah. Kedua-duanya yang memandang tepat ke arah kamera memang nampak comel sekali. Masing-masing dengan headband di kepala, baik Tengku Kamiliah mahupun Tengku Kamariah mempunyai sepasang mata yang cantik.

Putih sungguh kulit Tengku Kamiliah dan Tengku Kamariah ini dan pastinya dewasa nanti kedua-duanya bakal secantik ibu mereka. Gelaran 2 K’s di kapsyen Juliana merujuk kepada nama kedua bayi ini yang hampir sama namanya.

Jom baca perkongsian di bawah :

Wajah Tengku Kamiliah dan Tengku Kamariah ini menarik perhatian peminat. Ramai yang memuji kecomelan wajah mereka berdua dan antara komen-komen peminat :

” Masya Allah, macam dolls so cute macam mommy.. ” – Juliza Adzlizan

” So adorable, pretty baby with classic name. Lawanya Tengku Kamariah, besar nanti mesti cantik ni. Both are so cute.. “

” Both princess are adorable. Tengku Kamiliah macam muka Arab dan Tengku Kamariah macam muka America. Pretty princess.. “

” Kerabat letak nama anak dgn nama klasik.. org biasa2 klau letak nama anak kalah kan Kerabat hehe. Aloo comel macam anak mat salleh.. “

” Comelnya both of them are so cute and adorable. Princess yang sebelah tu cute betul. Macam anak patung.. “

” So pretty baby, comel sangat. Same eyes, manisnya kedua dua puteri. Wah Caucasian sangat, tengku Kamariah is so adorable.. “

” Why shes so cute .. can i borrow her eyes. Aloo comel macam anak mat salleh, cutenya princess yg sebelah tu.. “

Peminat juga suka melihat wajah comel Tengku Kamiliah dan Tengku Kamariah. Tentu dewasa nanti keduanya bakal jadi kawan akrab kerana sudah bersama sejak kecil lagi. Apa pun, semoga kedua-dua puteri ini membesar dengan sihat selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Juliana Sophie Evans

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..