” Simple je tapi penuh dengan kenangan dan sangat bermakna.. ” – Netizen

Video Majlis Aqiqah Anak Eyra Hazali, Hayder Dan Endra Buat Peminat Tersentuh. Video Yang Penuh Dengan Penceritaan Sejak Awal Perkahwinan. Dekorasi Majlis Pun Cantik Sangat !!

Meninjau ke akaun Instagram Eyra Hazali, perkongsian video ketika majlis aqiqah anak Eyra dan Haziq Nadzli telah meraih perhatian ramai peminat. Pasangan ini melangsungkan majlis aqiqah untuk kedua-dua anak mereka iaitu Muhammad Hayder Qhalish dan Muhammad Endra Haqimie.

Majlis yang bertemakan warna putih nampak begitu meriah sekali dengan dekorasi yang indah. Eyra dan suami serta anak-anak turut mengenakan pakaian berwarna putih. Majlis juga cukup meriah dengan para tetamu yang hadir.

Apa yang mencur1 perhatian ialah video yang dikongsikan seperti jalan penceritaan dari awal perkahwinan sehingga dikurniakan dua orang cahaya mata. Ada yang berasa seb4k apabila menonton video ini.

Hayder kini sudah berusia 1 tahun manakala Endra baru berusia 1 bulan. Eyra turut menitipkan doa buat kedua cahaya matanya itu agar menjadi anak yang baik dan soleh. Comel sangat cahaya mata Eyra yang nampak sangat seiras.

Jom tonton video di bawah :

Ramai mendoakan yang baik-baik kepada Hayder dan Endra. Antara komen- komen yang diberikan oleh netizen :

” May Allah shower your beautiful family with abundance of happiness , health & rezk always  Love you guys.. Such a wonderful family.. “

” Aku je ke tengok sambil menang1s ? simple je tp penuh dgn kenangan and sngt bermkna.. cantiknya video ni.. “

” Alooooo muka baby cumellll semu seiras kira semua cumell lah.. Sweet Family Endra sebiji ikut Hayder Comelnya.. “

” Alhamdulilah… Mudah2an Allah sentiasa memberi kerahmatan serta keberkatan dlm kehidupan eyra hazali dan keluarga.. “

” Ya Allah this is so beautiful. saya menang1s tengok video ni kak eyra.. Sebijik abg nya masa kecik.. Hayder handsome sungguhh.. “

” Semoga Hayder dan Endra membesar dengan sihat, jaga n sayang antara satu sama lain dan sentiasa dilindungi Allah SWT.. Aamiin.. “

” Semoga Hayder & Endra membesar dgn sihat & sentiasa dilindungi oleh Allah SWT aminnn ya Allah.. Simple je tapi penuh makna.. “

Sweet sangat video yang dikongsikan ini kan. Terpancar kebahagiaan pada wajah pasangan ini dengan kebahagiaan yang dikecapi. Semoga Eyra Hazali dan suami sentiasa bahagia di samping anak-anak yang comel.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Eyra Hazali

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..