” Siap simpan basikal atas pejabat, semoga tercapai impian Fafau.. ” – Netizen

Video Fara Fauzana Sanggup Balik Kerja Naik Basikal Untuk Turunkan Berat Badan. Wahh Bersungguh-Sungguh Usaha Fafau Kali Ni, Caiyok Fafau !!

Selepas lima tahun men1nggalkan konti H0t FM, penyampai radio Fara Fauzana atau lebih dikenali sebagai Fafau telah kembali bertugas di stesen radio tersebut sekali gus melengkapkan trio pagi bersama pasangan penyampai AG dan Fad Bocey.

Fafau kini dalam proses menurunkan berat badannya. Malah menerusi akaun Instagram rasmi H0t FM, berkongsi pelbagai video yang memaparkan usaha Fafau untuk menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram.

Terbaru, telah dimuatnaik video Fafau sedang membawa sebuah basikal di atas pejabat untuk Fafau menunggang basikal tersebut pulang ke rumah setelah selesai bertugas. Namun usaha Fafau tidak berhasil kerana tayar basikal itu dilihat sudah panc1t.

Menerusi video kedua pula, Fafau telah membuat keputusan untuk membawa pulang basikal tersebut dengan menggunakan kereta. Malah impian untuk menunggang basikal pulang ke rumah tidak kesampaian kerana jelas Fafau, salah satu sebabnya adalah dia tidak mempunyai topi keledar basikal.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai telah memberikan kata-kata semangat buat Fafau untuk terus berusaha menurunkan berat badannya. Antara komen-komen menarik adalah :

 ” Siap simpan basikal atas pejabat, semoga tercapai impian Fafau. Usaha tu penting dan terus kekal bersemangat tau, jangan cepat put0s asa. “

” Hebat ni, cayalah Fafau, semoga turun berat badan tu. Jangan bagi alasan nanti penat naik basikal pula, hahahaha.. “

” Beli basikal lipat lah Kak Fara, senang sikit. Tapi bahay4 tu kalau beg byk2 macam tu. Beli beg sandang mudah sikit.. “

” Basikal ada gear boleh la. Naik basikal biasa lar baru mantap. Tgk kesungguhan mengayuh, good luck Fafau.. “

“Woww bersemangat betul. Kena letak bakul kat basikal tu supaya senang nak bawa barang. Senang Nak bawa makanan juga, hehe. Teruskan usaha, anda boleh.. “

” Pakai beg pack Fafau oiii, senang lah skit nak kayuh. Sempoi dia simpan basikal smpai kat atas, hahaha tak kurus lagi tak tau lah, go Fafau go, caiyok.. “

” Tayar pancit sebab beg berat ek Fara hahahhaha, lawak lah. Semoga usaha Fara berjaya untuk mendapat berat badan yang ideal.. “

Sebelum ini, Fafau telah berjaya menurunkan beratnya sebanyak 5 kilogram. Apa-apa pun, kami dari Oh Kopak berharap semoga usaha keras Fafau untuk menurunkan berat badannya akan berhasil. Good luck Fafau, anda pasti boleh.

Silakan SHARE..

Sumber : IG H0t FM, Fara Fauzana

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..