” Shuib pusing 2 kali tawaf dia gelakkan saya.. ” – Mark Adam
Mark Adam Kongsi Kisah Lucu Semasa Mengerjakan Umrah Bersama Shuib Sepahtu. Part Lap Air Mata Tu Mencuit Hati Sungguh. Mark.. Mark.. Macam Macam Hal. Kelakar !!
Mark Adam antara selebriti yang bergelar saudara baru dalam Islam. Mark yang berasal dari Manila ini memeluk Islam pada tahun 2003 yang lalu. Mark turut mengimpikan agar ibunya mendapat hidayah dan terbuka hati untuk memeluk Islam juga.
Bercerita kepada akhbar Metro, Mark memberitahu ibunya sering bertanyakan tentang Islam semenjak melihat perubahan pada diri Mark. Selain isteri dan bapa mertuanya, Shuib adalah rakan artis yang banyak mengajarnya tentang agama Islam.
Menerusi akaun Instagram Kool FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Mark sebagai artis jemputan. Mark yang menceritakan tentang peristiwa lucu semasa kali pertamanya mengerjakan umrah bersama Shuib Sepahtu buat semua di konti tergelak.
Mark yang bercerita kejadian ketika kali pertama dia memegang Kaabah. Rasa sed1h dan hiba yang tidak dapat ditahan membuatkannya menang1s. Mark turut memberitahu dia tersilap menarik kain seorang jemaah lain yang disangka kain miliknya. Siap buat adegan tarik-tarik lagi, lawak sungguh Mark.
Jom tonton video di bawah :
Cerita Mark yang mencuit hati ini menghiburkan peminat. Antara komen-komen mereka :
” Hadoii kelakar la Mark Adam.. “
” Adoii kelakarnya Mark. Mark Mark.. “
” All the best Mark Adam. Terbaik.. “
Alahai Mark, mesti terpinga-pinga dan terkej0t orang yang ditarik kain sari nya tu. Sampai Shuib pun ketawa melihat kejadian tak disengajakan Mark ni. Apa pun, kenangan yang indah buat Mark. Semoga impian Mark untuk mengenal Allah dipermudahkan dan menjadi muslim sejati. Aamin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Mark Adam, IG Kool FM
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..