” Semoga Aurel dipermudahkan saat melahirkan anak pertama nantinya.. ” – Netizen

Bakal Timang Cucu Tidak Lama Lagi, Penyanyi Krisdayanti Kongsi Gambar-Gambar Sekitar Majlis Mitoni Anak Sulungnya. Wah Meriah Sungguh, Berseri-Seri Wajah Bakal Ibu !!

Mungkin ramai yang tahu bahawa penyanyi tersohor Indonesia, Krisdayanti bakal menimang cucu pertama tidak lama lagi. Anak sulungnya hasil perkahwinan terdahulu bersama bekas suami, Anang Hermansyah iaitu Tatiana Aurelie Hermansyah sekarang sedang sarat hamil.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram Krisdayanti telah berkongsi beberapa gambar sekitar majlis mitoni anak perempuannya itu. Dilihat pada gambar majlis tersebut telah diraikan dengan suasana cukup mewah dan penuh dengan adat tradisi.

Kongsi Krisdayanti, majlis tersebut diadakan sempena kandungan Aurel telah mencecah usia tujuh bulan mengikut adat Jawa. Sebelum ini, anak Krisdayanti pernah kegug0ran pada kandungan pertamanya dan semestinya kehadiran cahaya mata yang bakal dilahirkan ini membawa seri kepada mereka.

Malah Krisdayanti turut mendoakan kesihatan anak serta bakal cucunya itu. Menerusi gambar-gambar yang dikongsikan, penyanyi yang berusia 46 tahun ini tampil cantik dengan mengenakan baju kebaya rona merah jambu bercorak bunga.

Ikut perkongsian gambar-gambar tersebut di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Di ruangan komen, ramai yang turut mendoakan semoga segala urusan bakal ibu ini akan dipermudahkan. Antara komen-komen netizen adalah :

” Amin ya Allah doa seorang ibu adalah mukjizat dr Allah insya allah di kabul amin. Semoga jadi anak solehah amin yang bermanfaat serta penyejuk hati yang melihatnya amin.. “

” Berilah kesehatan dan kekuatan pada calon ibu, dalam masa hamil, melahirkan hingga mengasuh anaknya nanti. Amin.. “

” Merawat budaya mitoni, luar biasa Yanti. Semoga Aurel dimudahkan saat melahirkan cucu pertama tersayang nantinya ya.. “

” Amin YRA Mimi sayang & Aurel sayang yg sedang menghitung bulan untuk melengkapi dirinya menjadi perempuan seutuhnya ‘menjadi ibu’ .. “

” Aamiin. Semoga selalu dalam lindungan Allah, kak loly dan mimi juga calon cucu Mimi. Cantik Mimi.. “

” Aamiin Allahuma aamiin Ya Rabbal alamin, in shaa Allah doa grandmi nya terkabul. Lancar sehat walafiat sempurna semua buat kakak loli and baby and semua keluarga, aamiin.. “

” Salut sama Mimi, krisdayantilemos yg selalu menjunjung tinggi adat budaya Jawa dan selalu tampil ayu, keibuan klu pakai kebaya n sanggulan.. “

Sekadar info, upacara ‘Mitoni’ ini merupakan sebuah upacara turun temurun adat Jawa yang telah diadakan bagi menandakan kandungan seorang wanita itu telah berusia tujuh bulan. Selain itu, bagi orang Jawa, upacara ‘Mitoni’ ini merupakan rantaian pusingan hidup masyarakat yang dillakukan hingga ke hari ini.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Krisdayanti

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..