” Orang tua-tua cakap, sejuk kalau anak perempuan ikut muka ayah.. ” – Netizen

Gambar Terkini Anak Kedua Saharul Ridzwan, Fateema Azzahra Cur1 Perhatian Peminat. Comel Betul Si Kecil Ni, Mirip Muka Saharul !!

Sudah diketahui umum, pada bulan Jun lalu, pelakon kacak, Saharul Rizwan telah menimang cahaya mata keduanya. Perkongsian itu juga telah dikongsikan oleh Saharul menerusi akaun Instagram miliknya bahawa isterinya, Qaabila Deena Emir Mohammed Akif Emir selamat melahirkan bayi perempuan.

Pasangan sama cantik sama padan ini telah menamakan puteri mereka kesayangan mereka dengan nama  Fateema Azzahra. Saharul telah mended4hkan nama menerusi posting terbaharu di akaun Instagram selepas sembilan hari kelahirannya Fateema.

Nama yang diberikan untuk puteri mereka ini turut mendapat pujian ramai kerana ianya begitu indah didengar dan membawa maksud yang baik. Kini masa berlalu dengan pantas, usia Fateema telah pun empat bulan dan si kecil ini semakin comel.

Terbaru, di akaun Instagram Saharul telah berkongsi gambar terkini anak perempuannya itu. Kelihatan Fateema sedang didukung oleh Saharul dan telah dipakaikan kain pada kepalanya seolah-seolah sedang bertudung. Semestinya si kecil ini kelihatan begitu comel sekali.

Ikuti perkongsian gambar tersebut di bawah ini :

Meninjau di ruangan komen, ramai yang telah memuji wajah comel puteri Saharul ini, malah mereka juga turut mendoakan semoga Fateema membesar menjadi anak yang baik. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Alolo comeynya…Semoga akhlak seindah Fatimah binti Rasulullah ya sayang, menjadi anak yang baik buat kedua orang tua mu.. “

” Semoga kamu menjadi anak yang solehah, penyejuk mata ibu dan ayah dan berjaya di dunia dan di akhir4t.. “

” MasyaAllah… Semoga solehah sepanjang hayat, cantik betul rupa paras Fateema ni, ger4m tengok, mirip seperti ayahnya.. “

” Omey ! Semoga menjadi anak solehah ya Fateema, seindah nama seindah juga rupanya, bertuah Saharul dan isteri, anak-anak semua comel.. “

” Fateema…. So cute, smga awak membesar mnjadi anak yg solehah, bijak pandai dunia akhir4t penyejuk hati ya.. “

” Alahai solehahnyer anak baba dia, yang ni memang ikut muka Saharul lah, orang tua-tua cakap sejuk kalau anak perempuan ikut muka ayah.. “

” Alhamdulillah, membesar dengan sihat ya Fateema, makin comel, pipi tu dah macam p4u tengok, hehehe.. “

Alahai comel betul lah Fateema sayang. Sedikit info, Saharul telah mendirikan rumah tangga Saharul dan Deena berkahwin pada 16 September 2016 dan dikurniakan cahaya mata pertama bernama Muhammad Luth Ali. Kami dari Berita Kopak mendoakan semoga anak-anak Saharul membesar dengan sihat selalu. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Saharul Ridzwan

Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..