” Sememangnya aku tak boleh bangun.. “
Video Siti Sarah Menyanyi Berduet Bersama Suaminya, Shuib. Namun Telah Berlakunya ‘Sesuatu’ Kejadian Ketika Mereka Bernyanyi. Ad0iii.. Kelakar Betul Lah Pasangan Ni !!
Antara pasangan suami isteri di kalangan selebriti tanah air yang sentiasa menjadi perhatian netizen di media sosial sudah tentu, pelawak Shuib Sepahtu dan isterinya, penyanyi Siti Sarah Raissuddin. Melihat kehidupan pasangan ini boleh dijadikan contoh antara pasangan yang bahagia.
Siapa sangka, kini pasangan ini juga telah bergelar usahawan yang berjaya dengan hasil titik peluh mereka. Siti Sarah yang dahulunya dikenali ramai dengan vokal yang begitu unik ketika bernyanyi telah memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian apabila beliau berjaya menjadi peserta akhir untuk Bintang RTM 2001 .
Siti Sarah telah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 bersama Shuib Sepahtu atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad. Hasil perkongsian hidup bersama, mereka telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Indigitalmusic telah berkongsi satu video mengenai Siti Sarah. Video tersebut telah merakamkan Siti Sarah bersama suaminya, Shuib berada di sebuah program dan mereka berdua turut duet bersama menyanyi, namun ada sesuatu yang mencuit hati telah terjadi.
Tonton video yang telah dikongsikan itu di bawah :
Rata-rata netizen turut terhibur melihat video yang telah dikongsikan itu. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Sememanya aku tak boleh bangun..”
” Lawak la Sarah ni, bagi la lagu apapun suara fuhhhhh.. “
” Comeii la awak ni sarah! “
” Ciom ketiak dlu baru dapat bangun tu .. Hahaha.. “
” Kelakar betul lah.. “
” Perempuan je faham macam mane perasaan bila kene macamni pikir 10 kali nak bgn ke taknak.. “
” Sampai esok laa tak bgn bgn.. “
Kalau min pun fikir juga nak bangun ke tidak, dengan angin lagi. Tapi Sarah kan ada Shuib, sweet sangat tengok walaupun kelakar. Apa-apa pun kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Shuib dan Siti Sarah sentiasa bahagia hingga ke akhir hayat bersama anak-anak tersayang. Amin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Indigitalmusic, Siti Sarah Raissuddin by Berita Kopak / Oh Kopak
Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak/ Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..