” Sekali lagi post macam ni, kami nak unfollow la brader.. ” – Netizen

Gara-Gara Muatnaik Gambar Pelakon Terkenal Korea, Hyun Bin Yang Dikatakan Seiras Dengannya, Posting Fikri Ibrahim Undang Usikan Peminat. Alahai.. Sama Lah Sangat. Hahaha !!

Bintang drama Cik Reen Encik Ng0k Ngek ini antara muka baru yang semakin bersinar dan menyinari dunia seni. Menggunakan nama Fikry Ibrahim, anak muda kelahiran Jitra Kedah ini merupakan seorang yang sangat tertib dan sangat menghormati rakan artis yang lain.

Tidak hanya bersandarkan kepada rupa, Fikty seorang yang bijak dan sudah berjaya menghabiskan pengajiannya dalam Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa. Suka berjenaka, Fikry amat disenangi oleh sesiapa sahaja yang bergandingan dengannya.

Antara lakonan Fikry yang menaikkan namanya adalah Hero Seorang Cinderella, Cekelat Semanis Honey dan Cekelat Tak Semanis Honey. Nama Fikry juga disebut-sebut baru-baru ini apabila turut sama memberikan bantuan makanan kepada pelajar di UiTM ketika PKP dikuatkuasakan.

Menerusi akaun Instagram, Fikry Ibrahim telah berkongsikan satu gambar yang menunjukkan kesamaan wajahnya dengan selebriti asian menggunakan satu aplikasi. Paparan keputusan yang terpampang adalah wajah pelakon terkenal Korea, Hyun Bin yang membawa watak Captain Ri dalam drama Cr4sh Landing On You. Amboi ‘sama’ sungguh mukanya.

Jom baca perkongsian di  bawah :

View this post on Instagram

Hmm🤔

A post shared by Ahmad Fikry (@fikryibrahim) on

Rata-rata netizen terhibur dengan gurauan kelakar Fikry ini. Antara komen-komen netizen :

” Sapa t1pu kau sampai dasy4t sangat fitn4h ni?.. “

” Mak aiiiiiiii, hahaha tapi awak lebih handsome aihhhh.. “

” Captain Ry vs. Captain Ri.. “

” Pel1k nau pulak ahahahhha.. “

” Beza takda jambang jaa fikry ibrahim.. “

” Hmmmm confident level tu mesti ada hahaha.. “

” Alaaaaa dua-dua fav gil4 kot. Camna nk pilih ni hahahahaha kira sama laaaaa ni fikry oiiii.. “

Namun ada juga komen netizen yang turut mendapat respon kelakar daripada Fikry sendiri.

Fikry ni kalau tak melawak memang tak sah. Ada sahaja yang nak dijadikannya bahan melawak. Gurauan dia makin menjadi-jadi sejak PKP ni. Kelakar sungguh. Manakan sama si hitam manis pujaan hati dengan Oppa Hyun Bin. Apa pun, kami di Berita Kopak mendoakan semoga Fikry sentiasa gembira dan ceria dalam mengharungi detik sukar ini.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fikry Ibrahim by Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..