” Sekali imbas macam Tun Abdullah Ahmad Badawi pula atuk Tunku Sofia. ” – Netizen

Che Puan Sarimah Ibrahim Kongsi Gambar anaknya, Tunku Sofia Najihah Bersama Kedua Ibu Bapanya, Namun Wajah Ayahnya Cur1 Perhatian Ramai. Wahh Kacak Dan Cantik Atuk, Nenek Tunku Sofia.

Pelakon dan pengacara popular, Che Puan Sarimah Ibrahim sering berkongsi gambar serta video mengenai anaknya, iaitu Tunku Sofiah Najihah yang kini telah pun berusia 11 bulan di lama media sosial. Malah kecomelan Tunku Sofia sering menjadi mencur1 perhatian ramai.

Seindah nama diberi cukup padan dengan wajah yang sangat lembut ada pada Tunku Sofia. Kelahiran Tunku Sofia merupakan satu anugerah yang tiada tandingan nilainya, kerana ia merupakan satu memori yang terindah setelah Che Puan Sarimah telah mendirikan rumah tangga selama 4 tahun.

Si kecil ini kini membesar dengan sihat malah rupa parasnya mewarisi kecantikan ibunya. Mana tidaknya, Che Puan Sarimah mempunyai kacukan Melayu dan Irish. Untuk rekod, Che Puan Sarimah telah mendirikan rumah tangga bersama Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar iaitu cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10.

Menerusi akaun Instagram, Che Puan Sarimah telah berkongsi sekeping gambar yang memperlihatkan anaknya, Tunku Sofia bersama kedua ibu bapanya. Cantik betul wajah ibu Che Puan Sarimah  dan kelihatan muda. Malah bapanya juga kelihatan masih kacak.

Ikuti perkongsian gambar tersebut di bawah :

Hasil perkongsian gambar tersebut, wajah bapa Che Puan Sarimah turut mencur1 perhatian ramai. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Skli imbas mcm Tun Abdullah Ahmad Badawi pula atuk Tunku Sofia Najihah hehehe.. ” 

” Suka sarimah mmg betul mix.. Ada muka ayah n mak, tapi mcm lebih pada ayah muka tu. Sofia pun muka lebih pada ayah dia.. “

” Copy paste atuk, nenek n cucu.. “

” Beautiful photo.. ” 

” D wander u look so syantik, pan asean look.. “

” Rasa nyer sofia ni ikut muka atuk dia.. “

” Omg beautiful Liz u finally have ur grand daughter in ur arms enjoy.. “

Alahai seronoknya Tunku Sofia dapat jumpa dengan Atuk dan neneknya. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Che Puan Sarimah sentiasa bahagia bersama keluarga tercinta dan semoga Tunku Sofia membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG CP Sarimah Ibrahim

Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..