” Sejuk mata memandang tengok bidadari ini bertudung.. ” – Netizen

Penampilan Terbaru Hannah Delisha Dapat Pujian Ramai Peminat. Semoga Terus Istiqamah !!

Pelakon kelahiran Singapura, Hannah Delisha kini tekad untuk mengenakan hijab sejak 4 hari lalu. Pelakon yang popular menerusi drama 30 Pesanan Suara dan Mencintaimu Mr Photographer ini telah memuatnaik beberapa foto dia berhijab di akaun Instagram.

Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch telah berkongsi kapsyen dengan ungkapan Bismillah dan meraih ribuan pujian daripada para peminat yang gembira melihat perkembangan Hannah yang lebih ayu dan manis bertudung.

Menerusi BH Online, Hannah ada menyatakan bahawa dia sudah lama menyimpan hasrat untuk bertudung sejak Ramadhan lalu namun dia terik4t dengan pengambaran drama Cinta Sekali Lagi. Hannah juga berhasrat untuk menjadi muslimah yang baik.

Menerusi entri terbaru di akaun Instagram, Hannah telah berkongsi gambarnya yang lengkap bertudung dan kebanyakan peminat mendoakan semoga Hannah terus istiqamah. Hannah juga berterima kasih kepada peminat yang mendoakannya.

Jom lihat perkongsian di bawah :

Rata-rata netizen gembira dengan penampilan terbaru Hannah yang semakin cantik apabila bertudung. Antara komen-komen mereka :

” Alhamdulillah. I’m so happy for you syg.. Beautiful.. “

” So happy for u my baby! i will doa the best for u my love! in shaa Allah, love u miss u!!! takecare of yourself sayang .. “

” So happy for you baby angel. Semoga sentiasa istiqamah.. “

” Alhamdulillah, happy for u beautiful! Hannah nice bila berhijab.. “

” Alhamdulillah.. sooo greatful to have u my dearly baby sister. You are beautiful inside & outside.. “

” Sejuk mata memandang tngok bidadari ini bertudung. saya doakan moga hannah terbuka pintu hati untuk kekal bertudung.. “

” Assalamualaikum bidadari. Subhanaallah cantiknya .. “

Memang semakin cantik dan ayu apabila Hannah mengenakan hijab. Kami di Oh Kopak mendoakan semoga Hannah Delisha terus istiqamah dan menjadi muslimah yang sejati. Tahniah diucapkan atas penampilan Hannah sekarang !!

Silakan SHARE..

Sumber : IG Hannah Delisha, BH Online

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK . Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..