” Sedapnya, syahdu dan merdu alunan suara Betty mengaji.. ” – Netizen

Betty Rahmad Kongsi Video Sudah Berjaya Menghafal Surah Al-Mulk Raih Pujian Ramai. Sedap Suara Betty, Tahniah Dan Semoga Istiqamah !!

Pelakon Betty Rahmad telah berkongsi kisah penghijrahannya yang kini tampil dengan imej bertudung sempena mengambil keberkatan kedatangan tahun baru iaitu Awal Muharram yang disambut pada tanggal 10 Ogos pada tahun lalu.

Kongsi Betty di akaun Instagramnya, dia mula terdetik untuk mengubah imej setelah melihat anaknya, Ardy Wira yang kini berusia tiga tahun sudah lancar mengaji Iqra, sedangkan dirinya yang sudah berusia masih merangkak untuk membaca Al-Quran.

Terbaru, Betty telah memuatnaik satu video yang memaparkan dirinya sedang menghafal surah Al-Mulk. Jelas Betty pada kapsyen, surah Al-Mulk ini adalah salah satu surah yang menjadi kesukaannya dan dia menghafal setiap malam sebelum tidur.

Hingga kini perkongsian oleh Betty tersebut telah ditonton lebih 23 ribu tontonan sejak ia dimuatnaik. Malah ada yang kagum dengan usaha Betty berusaha untuk menghafal surah tersebut kerana surah Al-Mulk agak panjang.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya memberikan kata pujian setelah mendengar suara Betty mengalunkan surah Al-Mulk. Antara komen-komen menarik adalah :

” MashaAllah Tabarakkallah. Semoga terus Istiqamah belajar. Focus pada makhraj huruf & sifat huruf. InshaAllah akan bertambah baik lagi bacaanya.. “

” Kagum dan rajin. MashaAllah, tahniah Betty, sedap betul suara Betty mengaji. Semoga kita semua dih1ndarkan dari az4b kub0r.. “

” Sedapnya, syahdu dan merdu alunan suara Betty mengaji. Tahniah dapat menghafal Surah Al Mulk, bukan mudah sebenarnya.. “

” Alahamdulillah, sedap. Moga kita semua dapat membaca surah Al Mulk dengan baik. Boleh jadikan contoh yang baik ni.. “

” MasyaAllah sedap alunannya sampi ke hati, bergenang air mata. Semoga Allah kurniakan ingatan yg baik utk betty menghafal kalamNya.. “

” Surah fav saya juga. Memang setiap malam selepas isyak wajib baca. Alhamdulillah lama2 dah boleh hafal.. “

” Alhamdulillah, semoga terus istiqamah Betty ya. Nanti boleh lah share tips nak hafal step by step kepada semua.. “

Sedap suara Betty mengaji, memang patut lah banyak terima pujian. Apa-apa pun, kami dari OH Kopak berharap semoga Betty akan terus berjaya dalam bidang yang diceburinya dan sentiasa bahagia bersama keluarga tersayang.

 

Silakan SHARE..

Sumber : IG Betty Rahmad

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..