” Sedaplah suara Mira dengan suami.. ” – Netizen

Video Kara0ke Mira Filzah Dan Suaminya, Wan Emir Astar Menyanyikan Lagu Baldu Biru Raih Tumpuan Peminat. Wahhh Tak Sangka Ada Bakat Pasangan Suami Dan Isteri Ni. Boleh Tahan Suara Masing-Masing. Part Tarik Tu Bukan Main Lagi !!

Walaupun sudah mendirikan rumahtangga, Mira Filzah masih meraih populariti di media sosial. Apa sahaja yang dikongsikan pasti menjadi perhatian di kalangan peminat dan netizen. Perkembangan pasangan ini sering dinantikan oleh peminat mereka.

Mira mendirikan rumahtangga bersama jejaka pilihan hatinya, Wan Emir Astar yang dikenalinya dalam tempoh yang singkat. Perkahwinan mereka digelar sebagai Wedding Of The Year kerana aura pasangan pengantin baru ini membuatkan ramai peminat tidak boleh move on.

Menerusi akaun Instagram, video Mira dan suami sedang berkaraoke telah dikongsikan. Pasangan ini menyanyikan lagu Baldu Biru yang merupakan nyanyian asal Ella dan Awie. Jarang sekali kita mendengar suara Mira menyanyi bukan ? Tak sangka, merdu juga suara Mira ni.

Video ini diambil daripada Instastory adik Mira, Aina Fadhilah dan turut dikongsikan di akaun Instagram Inaijari. Pasangan pengantin baru ini pergi berkaraoke bersama adiknya itu dan Aina turut meminta pengikut Instagramnya mengundi pasangan manakah yang menyanyi paling sedap.

Jom tonton video di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk video seterusnya.. )

Ramai yang tidak menyangka bahawa Mira mempunyai tone suara yang sedap dan boleh menyanyi. Antara komen-komen netizen :

” Wah sedap lah suara mira dng suami.. “

” Orang akitek ni Tak heran Ade bakat seni.. “

” Wows, mira kar0k.. Not b4d , sedap.. “

” Mana nak dpt tgk mira pijah ngn laki dia karok opkoslah di inai jari.. “ 

” Nak tengok sambungan ya boleh tak.. comel je Mira.. “

Wah, boleh tahan juga suara Mira, Emir pun apa kurangnya. Nampaknya kedua-duanya boleh menyanyi dengan baik. Kami di Oh Kopak mendoakan semoga jodoh Mira Filzah dan Wan Emir kekal hingga ke jannah dan dikurniakan anak yang comel.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Inai Jari, Mira Filzah

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK . Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..