” Sedap lagi Zayne nyanyi dari mu Mat Dan.. “

Video Mat Dan Menyanyi Lagu Old McDonald Dengan Anaknya, Zayne Buat Netizen Terhibur. Comel Betul Lah Dua Beranak Ni Menyanyi !!

Siapa tidak kenal akan jejaka ‘Mat Saleh’ yang fasih bertutur loghat Terengganu, iaitu Kareef Daniel Abdullah atau lebih dikenali sebagai Mat Dan. Beliau merupakan seorang pengembara dan pengacara England yang berwarganegara United Kingdom dan telah menetap di Malaysia sejak tahun 2009.

Mat Dan dikenali dalam rancangan televisyen  iaitu program pengembaraannya bersama rakan-rakan yang bertajuk Haramain Backpackers – Trans Siberian dan beliau juga pernah menjadi pengacara rancangan Mat Dan Kaki Jalan pada tahun 2017.

Telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, yang merupakan seorang gadis Melayu tempatan yang juga berasal dari Terengganu pada tahun 2017. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberikan nama Muhammad Zayne Danial James Tyler.

Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagram, Mat Dan telah berkongsi satu video beliau bersama anaknya, Muhammad Zayne Danial James Tyler yang kini telah berusia 2 tahun menyanyikan lagu ‘ Old McDonald’ sambil Mat Dan bermain gitar.

Tonton video yang telah dikongsikan oleh Mat Dan di bawah :

Rata-rata netizen begitu terhibur dengan nanyian Mat Dan bersama anaknya itu. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Nyanyi lagu Mcdonald bunyi ganu boh.. “

” Fun pun dah bunyi fung, hahahha.. “

” Sedap lagi Zayne nyanyi dari mu Mat Dan.. “

” Comey zayne . Semoga mmbesar jd ank soleh .. “

” Comey ngat Zayne… Hahahah… “

” Old mekdonel have a farm. Bohhh kuat bunyi ganu tuhh.. “

” Comelnya mcm muka william the return of superman la.. “

Pandainya Zayne menyanyi. Cerdik betul la tengok. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Mat Dan dan sekeluarga sentiasa dimurahakan rezeki selalu, dan semoga Zayne membesar menjadi anak yang soleh kepada kedua ibu bapa. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Mat Dan by Berita Kopak / Oh Kopak

Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak/ Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..