” Sampai part Tajul nyanyi, terus mengimbau zaman arw4h Acik, syahdu.. ” – Netizen

Video Haqiem Rusli, Afieq Shazwan Dan Tajul Menyanyikan Lagu ‘ Mengusung Rindu ‘ Secara Live Raih Perhatian Ramai Peminat. Bila Sampai Part Tajul, Suara Tu Memang Mengimbau Kenangan Betul !!

Baru-baru ini, penyanyi Haqiem Rusli, Afieq Shazwan dan Tajul telah menjadi tetamu jemputan ke konti radio Era untuk berkongsi cerita mengenai lagu nyanyian mereka yang bertajuk ‘ Mengusung Rindu ‘ nyanyian asal vokalis Kumpulan Spin, arw4h Achik.

Namun kelihatan tidak hadir bersama seorang lagi adalah penyanyi Zack Zakwan ke konti radio Era. Satu posting lain, Era tidak ketinggalan berkongsi satu video nyanyian live Mengusung Rindu oleh Haqiem, Afieq dan Tajul.

Mendengar lagu Mengusung Rindu dengan nafas baru, semestinya lagu itu telah mengimbau kembali zaman kegemilangan arw4h Achik Spin. Bahkan ada yang tersentuh hati menonton video tersebut ketika giliran Tajul menyanyi.

Hingga kini, video nyanyian Haqiem, Afieq dan Tajul itu telah mendapat ribuan tanda suka daripada warganet sejak dimuantnaik ke akaun Instagram. Masing-masing memang berbakat lah dalam nyanyian, memang sedap dengar suara mereka ni.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan oleh warganet dan rata-ratanya menyukai nyanyian ketiga penyanyi ini. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Sampai part Tajul nyanyi, terus mengimbau zaman arw4h Acik, syahdu. Sedap lagu ni, tak pernah jemu dengar.. “

” Apa ni, sebijik macam dekat youtube ni haihh, sukanya. Mana lagi sorang, tak cukup korum ni, hehe.. “

” Kalau lihat Tajul ni, rasa ingat Achik. Teringat semua lagu2 kumpulan Spin nyanyian arw4h Achik, Al-Fatihah.. “

” Fuhh memang mantaplah suara diorang nie, merdu. Nyanyi live pun sedap macam suara dalam radio lah.. “

” Terbaik lah, tak pernah mengecew4kan, memang best sangat. Gabungan yang padu, suara semua mantul habis.. “

” Mana Zack. Sedapnya, terus rasa smpai ke hati. Gaya Tajul memang sbji macam arw4h abangnya, memang mengimbau betul.. “

” Outstanding performance. Setiap seorang ada aura masing2. Tajul dgn suara nya trsendri yg mana sdkit sbyak mengingatkn kita pd arw4h, suara Haqiem tak dpt disangkal, superb. Afieq smpai suara mahal gil4.. “

Gaya nyanyian Tajul memang mengingatkan kepada arw4h abangnya, malah suara mereka adik beradik pun seakan sama. Apa-apa pun, semoga Haqiem, Afieq, Tajul dan Zack akan terus maju jaya dalam bidang nyanyian dan segala urusan kalian akan dipermudahkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG era.je, tajulofficial

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..