” Sampai kaki tolong taip kat keyboard ye, hehe.. ” – Netizen

Video Anak Ayda Jebat, Ana Nayla Yang Kini Genap Berusia Setahun. Rupa Dan Gaya Nayla Dengan Laptop Dan Berpakaian CEO Sebiji Macam Watak Kartun Boss Baby. Comel Sangat, Happy Birthday Nayla !! 

Meninjau ke akaun Instagram, perkongsian terbaru Ayda Jebat bersempena genap setahun usia Ana Nayla telah meraih perhatian ramai. Ayda telah berkongsi video berserta ucapan hari lahir buat puteri kesayangannya.

Video yang berdurasi beberapa saat ini memaparkan gelagat Nayla bersama sebuah komputer riba. Nayla dipakaikan kemeja dan juga berseluar slack menampakkan imejnya seperti seorang CEO. Gaya nayla ini sama seperti watak kartun popular, The Boss Baby.

Apa yang menampakkan Nayla sangat seiras dengan watak kartun tersebut ialah wajahnya. Dengan rambutnya yang pendek dan matanya yang bulat, wajah Nayla ini sangat sama dengan watak tersebut. Eh, comel lah.

Nayla dilihat seperti pandai sahaja menggunakan komputer riba tersebut. Tambahan pula apabila Nayla meletakkan jarinya di keyboard seolah-olah sedang menaip. Tapi makin lama nampak ‘gan4s’ lah pula apabila kaki pun dah naik atas keyboard, hehe.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini dihuj4ni dengan ucapan hari lahir buat Nayla. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Tu dia kaki terus atas keyboard laptop tu. Happy Birthday ananaylaofficial .. Macam anak saya umur 2 thun lbih ase baru ade rmbut hehehe comeii.. “

” Nohh.. Smpai kaki tlg type kt keyboard ye.. Hehe.. Epibedei ana nayla.. Sekali pandang mcm baby boy bila pakai mcm ni hehehe happy bithday ye.. “

” Happy birthday my baby boooo bijaknya dia mop laptop smooch smooch .. Kaki pun boleh wak, comelnya, putih betull.. “

” Sanah Helwa.. baby comel.. ananaylaofficial Semoga membesar dgn sihat n sentiasa dalam Rahmat n lindungan kasih SAYANG ALLAH SWT.. “

” Happy birthday baby alhamdulilah semoga membesar menjadi ank yg solehah, taat pda kedua ibu bapa dan jdi ank yg baik.. Aamin .. “

” Happy birthday ana nayla semoga membesar dgn sihat, sentiasa dalam rahmat Allah SWT dan sentiasa menjadi anak yg mendengar kata dan solehah.. “

” Happy birthday Ananaylaa… muke rambut umur sama dengan anak aunty girl2 jugak. love.. putihnya dia, comel.. “

Kami di Oh Kopak turut mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang pertama buat Ana Nayla. Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah. Comel sangat Nayla pakai macam ni.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ayda Jebat

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..