” Sambil lap sambil bebel, comel.. ” – Netizen

Video Anak Anzalna Nasir, Mohamad Eidrees Membebel Apabila Diminta Untuk Mengelap Sofa Buat Ramai Yang Terhibur. Alahai, Cute Sangat Suara Eidrees Ni !!

Mohamad Eidrees merupakan permata hati buat pelakon cantik, Anzalna Nasir dan pasangannya, Hanif Zaki. Eidrees dilahirkan selepas tiga tahun melayari bahtera rumah tangga dan kehadiran Eidrees sememangnya sudah lama dinantikan.

Eidrees kini menjadi perhatian nombor satu buat Anzalna dan beliau akan memastikan yang terbaik buat satu-satunya anaknya ini. Kehadiran Eidrees telah mengubah seratus peratus rutin harian mereka suami isteri. Kini Eidrees telah menjadi penyeri rumah tangga mereka.

Seperti selebriti lain, pasangan ini turut membuka akaun Instagram khas buat anak mereka. Anzalna dan suami akan memuatnaik gambar dan video Eidrees buat tatapan peminat dan sebagai kenangan buat mereka. Kini, akaun Instagram Eidrees mempunyai 106 ribu orang pengikut,

Menerusi akaun Instagram, video Eidrees telah dikongsikan. Anzalna menyuruh anaknya mengelap sofa yang terkena air dan Eidrees segera mengikut arahan ibunya itu. Namun apa yang menarik perhatian ialah bunyi bebelan Eidrees sambil dia mengelap.

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata netizen ger4m melihat gelagat Eidrees. Antara komen-komen mereka :

” He is so smart! Hahahah membebel je kerja.. “

” Alolo penat bebel tu sayang bukan penat keje .. “

” Sambil lap sambil bebel hahahaha comel.. “

” Bibik mommy.. “

” Alahai comelnya. tolong mommy.. “

” So clever!! Nnt nk upah dia tlg lap beg makeup!! Upah dia mainan barbie hidup!! Bg mak dia je!! Mcm barbie!! Lgpun dia tgk mak dia pun dh mcm badut terus gelak .. “

” Cutenye helper.. nak pinjam sat.. “

” Ger4m tgk jari kecik tu lap the cushion pls give him rewards.. “

Wah, pandai Eidrees ikut arahan mummy. Dah boleh bantu mummy buat kerja rumah lah macam ni. Tapi bebelan Eidrees tu comel lah. Apalah yang dibebelkan tu. Jangan merungut sudah. Hehe. Semoga Eidrees menjadi anak yang soleh dan bijak !

Silakan SHARE..

Sumber : IG Anzalna Nasir by Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh  OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..