” Sama cantik anak dengan mak.. “

Emma Maembong Kongsi Gambar Terkini Beliau Bersama Ibunya Dengan Style Rambut Baru. Woww.. Cantiknya Emma Berambut Blonde, Macam Anak Patung Barbie !!

Pelakon Emma Membong yang baru sahaja mendirikan rumah tangga kelihatan seri pengantin beliau masih ada. Emma yang kini semakin bahagia setelah sah bergelar isteri kepada pasangan pilihan hatinya, iaitu Muhammad Shazli Azhar yang merupakan seorang juruterbang.

Pemilik nama sebenar Fatimah Rohani binti Ismail ini menggabungkan nama beliau dengan nama bapanya, Ismail Embong sebagai nama komersialnya dalam industri seni tanah air. Emma merupakan anak kesembilan daripada sebelas adik-beradik. Bapanya berketurunan Melayu manakala ibunya berketurunan Scotland.

Bapa Emma merupakan seorang pelukis dan Emma juga turut mengikuti jejak langkah bapa beliau dan mempunyai bakat dalam lukisan. Emma memulakan kerjaya lakonan pertama beliau menerusi drama Facebook Ustazah Shamsiah, arahan Erma Fatima sebagai pelajar sekolah.

Menerusi akaun Instagram pelakon Emma Maembong, beliau telah berkongsi gambar terkini bersama ibunya. Kelihatan Emma telah memakai rambut p4lsu dan beliau turut bertanya kepada umum sekiranya beliau berambut blonde adakah beliau menyerupai seperti ibunya.

Ikuti perkongsian Emma di bawah :

Rata-rata netizen turut memuji Emma yang kelihatan sangat comel bersama ibunya. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Wei comeinya rambut pendek ! “

” Sama cantik anak dengan mak.. “

” Tak sama! tapi still pretty both of you.. “

” Like mother like daughter .. “

” Uish lain macam muka kak Emma kalau tukar hairstyle.. “

” Yup ! Nice blonde hair.. “

” Macam patung barbie.. “

” Cun dah tu kak Emma.. “

Comel Emma !! Muka kalau dah ada kacukan ni, memang lah lawa. Tengok adik beradik Emma semuanya mewarasi kecantikan ibu mereka. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Emma sentiasa bahagia dengan kehidupan baru sebagai isteri. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Emma Maembong by Berita Kopak / Oh Kopak

Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak/ Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..