” Salute lah, time makeup pun masih lagi terjaga auratnya.. ” – Netizen

Kongsi Video Sedang Makeup, Peminat Puji Datin Lisa Surihani Pandai Jaga Aurat. Cantik Lah Lisa, Nampak Semakin Berseri-Seri !!

Beberapa tahun lalu, setelah kembali menunaikan ibadah umrah, penampilan Datin Lisa Surihani telah menarik perhatian ramai. Lisa telah mengenakan hijab ketika hadir ke sebuah majlis dan perkongsian gambar tersebut telah mendapat pujian.

Kini, Lisa telah pun sepenuhnya berhijab. Lebih selesa jarang mengenakan solekan yang tebal pada wajahnya, ramai yang mengakui Lisa memiliki wajah yang natural beauty. Boleh dikatakan ada sahaja perkongsian terbaru mengenai Lisa di Instagramnya pasti mencur1 pandangan netizen.

Terbaru, Lisa ada memuatnaik satu video yang memaparkan dirinya sedang disolek. Perkongsian tersebut sekali lagi telah meraih perhatian warganet. Ada yang memuji Datin Lisa sangat menjaga auratnya ketika sedang makeup.

Malah penampilan Datin Lisa setelah selesai makeup juga mendapat pujian netizen. Sehingga kini perkongsian video oleh Datin Lisa itu telah mendapat lebih 5 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya menyukai video Lisa itu. Antara komen-komen menarik adalah :

” Salute lah, time makeup pun masih lagi terjaga auratnya. Cantik lah Datin, terus nampak macam baru umur 20-an, hehe.. “

” Always comel, cantik, cute, cun. Suka lah tengok Datin lagi2 lepas dah bertudung, nampak berkali ganda cantiknya.. “

” Suka tgk Datin Lisa, sopan je. Cantik lah warna baju dan tudung Datin Lisa pakai, nampak terus timbul auranya.. “

Betul nampak memang Datin Lisa sangat mementingkan penjagaan auratnya. Apa-apa pun semoga Datin Lisa terus bahagia bersama keluarga tersayang dan terus berjaya dalam bidang yang diceburinya.

Untuk rekod, Datin Lisa telah mendirikan rumahtangga bersama Datuk Yusry Abdul Halim. Pasangan ini telah dikurniakan tiga orang cahaya mata yang menyerikan lagi hidup mereka iaitu Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan Yunos Laith.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Lisa Surihani

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..