” Sak1t perut gelak la Yem. Part panggil ‘B’ tu tak tahan sangat.. ” – Netizen

Nad Zainal Kongsi Video Gelagat Anaknya, Fahad Ibrahim Berceloteh Ketika Membeli Rambutan. Amboi Part Panggil Daddy Tu Bukan Main Lagi. Mesti Nak Menyamar Jadi Mommy Dia. Ingat Tu Girlfriend Ke Nak Panggil ‘B’, Hahaha !!

Melihat perkongsian pelakon Nad Zainal di akaun sosialnya pasti buat peminat ketawa. Sering berkongsi cerita tentang anaknya Fahad Ibrahim atau dipanggil Yem cukup menghiburkan hati. Yem yang kini berusia 4 tahun seorang anak yang ceria dan bijak.

Bagi yang mengikuti perkembangan Nad dan Yem, pastinya sudah masak dengan perangai lucu Yem itu. Suka berlakon seperti ibunya itu, Yem ada bakat untuk jadi pelakon yang tersohor suatu hari nanti. Lihat sahaja gaya Yem ketika mengadakan kelas lakonan bersama Nad, menjadi lakonannya.

Walaupun masih kecil, Yem sudah memahami kerjaya ibunya itu. Pernah Yem menang1s melihat lakonan ibunya di kaca televisyen. Betapa menjiwai sungguh si comel ini dengan lakonan ibunya itu. Hari demi hari, Yem semakin banyak membuat aksi lucu dan lakonan spontan yang buatkan Nad sendiri tergelak.

Menerusi akaun Instagram, Nad Zainal berkongsikan satu video yang memaparkan gelagat Yem ketika mengikut mereka keluar membeli buah rambutan. Yem yang memanggil daddynya sambil menunjuk-nunjukkan buah mana yang diinginkan membuat dialog spontan apabila memanggil daddynya sebagai ‘ B ‘.

Jom tonton video di bawah :

Gaya Yem memanggil daddynya sebagai B itu buat Nad ketawa. Siapa tidak terhibur dengan gelagat Yem ini. Antara komen-komen :

” Bbbbb yg ni botol. Kelakar tul , bijak dan ger4mmm.. “

” Hahahahhahahhahahahaha ger4m je tengok dia ni !.. “

” Hahahaha comey la yem . Bnyk kali aku ulang dgr die panggil bbbb.. “

” Lawak la yem ni. Tak penah tak comey.. “

” Byk akal laa bdk ni… pndai cri idea nk cur1 perhatian.. “

” 10x ulang.. Yem mmg klakar la.. Tang pgil B tuu.. “

” Oittttt dia mem B kan daddy dia. Bijak Yem ni.. “

” Sak1t perut aunty gelak la yem … Part “B” tu x tahan sgt.. “

” Ingat tu boyfriend ker nak panggil b b b tu Yem oiii.. “

Alahai panjang betul akalnya. Berulang kali sebut ‘B.. B.. B..’ tu comel betul la Yem. Manja je dengar Yem panggil macam tu. Nak menyamar jadi mommy ye. Apa pun, kami di Berita Kopak berharap agar Yem membesar dengan sihat, menjadi anak yang menyenangkan hati kedua ibu bapa dan sentiasa dilindungi Allah. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nad Zainal

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..