” Rupa abang Ejoy bila makeup, hehe.. ” – Netizen

Sharifah Shahirah Kongsi Video Thr0wback Anak Bongsunya, Dey Dey Ketika Berusia 2 Tahun Buat Ramai Terhibur. Amboi Kecil Lagi Dah Pandai Bergaya Dan Bersolek. Siap Pusing Ala Model Lagi, Comel !!

Meninjau ke akaun Instagram Sharifah Shahirah atau mesra dipanggil Shiera, satu video thr0wback yang memaparkan gelagat anak bongsunya, Adeena atau Dey Dey ketika berusia 2 tahun telah dikongsikan.

Dey Dey memakai pakaian tradisional cina iaitu cheongsam dan kemudian dia ditegur oleh ibunya dari belakang. Shiera sengaja mengus1k Dey Dey dengan menyatakan Dey Dey kelihatan sangat cantik.

Dey Dey juga turut menyolek wajahnya walaupun nampak com0t. Ramai yang menyatakan wajah Dey Dey apabila disolek saling tidak tump4h seperti bapanya, Ejoy Azari. Pandai bergaya sungguh Dey Dey ni.

Perkongsian ini telah mendapat lebih daripada 1 ribu tanda suka buat masa ini sejak ia dikongsikan. Video-video sebegini akan menjadi memori indah buat Dey Dey apabila dewasa nanti. Menurut Shiera, Dey Dey sememangnya gemar bersolek sejak kecil lagi.

Jom tonton video di bawah :

Ramai juga bergurau dengan memberi komen wajah Dey Dey seperti Ejoy yang telah disolek. Antara komen-komen yang diberikan :

” Comey nya macam muka ayah dia kan.. Rupa abg ejoi dimekapkan haha.. Mak dia punnn.. Bila kak rara nak mengandung lagi.. “

” Comelnye dia.. lawa besor esok.. Maria Arshad zmn knk² ke.. Cantik nya ,Amoy.. Hahah sama dgn ank no 2 sy.. “

” Udah gope ejoi plk dah haaa.. Di make up kn.. Comeyyy tapi suka sgt dgr bila Deydey cakap… Haha comeynya.. “

” Muka bapak nya.. Merah meriah.. comel sangat.. Gong xi fa chai.. Comel dey dey mcm mommy.. dah besar cantik ni.. “

” Dey dey omey.. Apa khabar dedey ? Betul ker nama dia mcm tu ? Macam kak rara.. rupa abg ijoi bila makeup.. “

Sekadar info, perkahwinan Shiera bersama Ejoy telah dikurniakan empat orang cahaya mata yang diberi nama Airel, Airra, Audra dan Adeena. Shiera juga mempunyai seorang anak perempuan dari perkahwinannya yang terdahulu.

Alahai, comel sangat Dey Dey dengan baju cheogsamnya. Shiera merupakan seorang yang kelakar dan gemar bergurau bersama anak-anaknya. Pastinya suasana di rumah Shiera dan anak-anak penuh dengan gelak tawa.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sharifah Shahirah, Ejoy Azari

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..