” Rock star yang tak m4ti dengan style. Selamat Hari Lahir Amy Search.. ” – Netizen

Amy Search Kongsi Gambar Dan Video Makan Malam Bersama Keluarga Sempena Ulangtahun Kelahirannya. Gambar Anak-Anak Amy Raih Perhatian Ramai, Cantik Dan Kacak Semuanya !!

Amy Search merupakan Lagenda Rock terkenal yang tidak asing lagi bagi peminat muzik tanahair. Lagu-lagu dendangannya sentiasa meniti di bibir peminat tidak mengira usia. Tidak hanya popular di Malaysia nama Amy dan Kumpulan Search juga cukup popular di Singapura, Indonesia dan Brunei.

Selain berbakat dalam bidang nyanyian, Amy juga berbakat dalam bidang lakonan. Amy telah berlakon beberapa filem antaranya Fen0mena dan Isabella. Pelantun suara untuk lagu Rozana ini juga cukup popular dengan trademarknya ‘pheeewit’.

Umum mengeratahui Amy merupakan bapa kepada pelakon berbakat Nabila Huda. Lakonan-lakonan mantap daripada Nabila sentiasa mendapat sambutan daripada peminat.  Selain berlakon Nabila juga berbakat dalam bidang pengacaraan dan Nabila juga pernah mengeluarkan lagu single.

Mengintai ke instagram milik Amy, telah dikongsikan gambar Amy bersama keluarganya makan malam bersama sempena sambutan hari lahir Amy. Turut kelihatan bersama ialah isteri Amy, Nourish, suami Nabila, adik-adik Nabila serta anaknya iaitu Keisha Laila.

Ikuti perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk menonton video dan melihat gambar seterusnya.. )

Perkongsian gambar makan malam Amy turut mendapat pelbagai komen dan ucapan daripada netizen. Antara komen-komen netizen ialah :

” Happy birthday My idol, Moga panjang umur dan sehat selalu. Aamiin.. “

” Rock star yang tak m4ti dengan style. Selamat Hari Lahir Amy Search.. “

” Happy birthday Abang Amy harapnya sentiasa sihat dipanjangkan usia Dan dipermudahkan segala urusan, phewitt.. “

” Happy birthday bro, moga panjang umur dan dimurahkan rezeki Aminn.. “

” Selamat ulangtahun kelahiran Abang Amy. Semoga sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah SWT.. “

” Happy birthday akuamysearch memang nampak muda banyak kali hantar buah dekat abg amy. Nak panggil pakcik pon tak sampai hati. Semoga dipermudahkan segalanya diberkati dunia dan akhirat bang.. “

Betul kata orang Amy Search ni memang nampak sentiasa muda dan tak dimamah usia langsung. Apa pun tak terlewat lagi untuk kami di Berita Kopak mengucapkan selamat hari lahir kepada Amy, semoga panjang umur dimurahkan rezeki dan sihat selalu. Semoga Amy berbahagia bersama keluarga tercinta.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Amy Search

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..