” Rasa terkesan dengan nada lenggok bacaan Surah Al-Khafi ni.. ” – Netizen

Video Alif Satar Membaca Surah Al-Khafi Raih Perhatian Ramai. SubhanAllah Merdu Sungguh Suara Alif Ni, Menus0k Ke Hati !!

Semalam, sebelum menunaikan solat jumaat, penyanyi Alif Satar telah berkongsi satu video yang memaparkan dirinya sedang membaca surah Al- Khafi di akaun Instagram miliknya. Posting yang menunjukkan Alif mengalunkan ayat-ayat suci itu turut mendapat perhatian ramai.

Bacaan awal Alif sudah pun kedengaran begitu merdu, memang tak dinafikan penyanyi yang penuh versatil ini memiliki suara yang begitu merdu didengar dan mempunyai auranya yang tersendiri ketika menyampaikan bacaan ayat suci Al-Quran.

Dalam pada itu, ramai yang meluahkan rasa tenang di jiwa selepas mendengar alunan tersebut menerusi perkongsian Alif ini. Kata netizen lagi, mereka berharap perkongsian Alif ini dapat dijadikan contoh buat orang ramai untuk menghafal surah tersebut.

Malah, video itu juga meraih komen positif kerana bacaan tajwid serta makrajnya yang disampaikan oleh Alif dilihat hampir sempurna. Sekadar informasi, Surah al-Kahfi amat digalakkan untuk dibaca oleh umat Islam pada hari Jumaat.

Tonton perkongsian video tersebut di bawah ini :

Tinjauan di ruangan komen, ramai yang memberikan komen memuji akan bacaan Alif itu begitu merdu didengar. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Aku tersed1h plakk dgo kau baca ni sbb rasa terharu dan terkesan dgn nada lenggok bacaan surah al-khafi ni.. “

” Terbaik bro semoga kau sekeluarga sentiasa dapat rahmat dan dilindungi oleh Allah swt hingga akhirat.. “

” You are the best bro. Salute sama kau. Ni satu-satunya video dalam instagram yg aku like dan comments. Bismillah , Alhamdulillah… “

 ” Suka dengar Alif membaca surah al kahfi sedap je… tajwidnya makrajnya. Tahniah Alif teruskan membaca alquran dik.. “

” Terbaik tajwid dan mahraj dia boleh jadikan roll model tuk org muda.. Suara pula sedap dan merdu, rasa tenang dengar.. ‘

 “Sedap.. Sedap.. Sedapp… Cume wajibul ghunnah kalau betul2 bagi 2 harkat lebih bagus.. Teruskan bro alifff.. “

” MasyaAllah, merdunya bacaan awak Alif mengalunkn ayat-ayat suci ni, memang dengar rasa jiwa tenang , Alhamdulillah, terbaik Alif.. “

Memang tak dinafikan suara Alif memang merdu sangat. Alhamdulillah satu perkongsian yang sangat baik. Kami dari Berita Kopak berharap dengan perkongsian video oleh Alif Satar ini dapat memberi manfaat kepada untuk kita semua. Memang terbaik Alif.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Alif Satar

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..