” Power suara anak sis, sedap dengar.. ” – Netizen

Sheila Rusly Kongsi Video Anak Keduanya, Luth Mikhail Menyanyi Raih Pujian Ramai. Boleh Tahan Suara Dan Sedap Didengar, Ada Bakat Ni !!

Sheila Rusly bukan sahaja terkenal menerusi lakonannya yang mantap, malah dirinya juga dikatakan seorang yang begitu mahir dalam bidang masakan. Maka tak hairanlah, kini Sheila mempunyai sebuah restoran yang mengilhamkan pelbagai masakan yang dihasilkan daripada resepi air tangannya sendiri.

Kehidupan sebagai selebriti sememangnya menjadi tumpuan ramai, bahkan bukan dirinya sahaja, kedua anak terunanya, Uzair Haqimy dan Luth Mikhail juga turut mendapat perhatian warga netizen di laman media sosial.  Ada sahaja perkongsian tmengenai anak Sheila ini yang menarik perhatian peminat.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram Sheila telah berkongsi satu video yang memaparkan anak keduanya, Luth Mikhail atau lebih dikenali sebagai Mika sedang bernyanyi dan turut kelihatan bersama adalah suami Sheila iaitu Azman Yahya atau Jinggo sedang bermain gitar.

Mika telah menyanyikan lagu kegemaran Sheila iaitu bertajuk ‘Bayangan Tarimu’ yang dinyanyikan oleh kumpulan Carefree. Kongsi Sheila pada postingnya, lagu tersebut mengingatkan zaman ‘rambut kepuk’.  Perkongsian video oleh Sheila itu telah mencur1 perhatian netizen.

Tonton perkongsian video tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang memuji akan suara anak Sheila. Malah mereka juga berkata Mika mempunyai bakat dalam bidang nyanyian. Antara komen-komen tersebut :

” Sedapnya suara Mika, tak sangka dia berbakat, boleh masuk pertandingan menyanyi, mana tahu ada rezeki jadi penyanyi.. “

” Wahhh saya dengar pun rasa nk berjoget akak, unik suara anak akak, boleh pergi jauh lagi ni anak akak, berbakat betul.. “

 “Tok Sidang happy kemain yer, hahaha teringat-teringat lh tu zaman lagu ni. Btw nyanyian not b4d, kipidap Mika, ada bakat.. “

” Suka tgk mata u la Jinggo tgk Mika nyanyi smbil main gitarrrrrr. Walaupun sedap ttp nk us1k Mika kata NOT B4D. Hahahahaha.. “

” Hahha Tok Sidang senyum je manjang tgk anak dia tapi last2 so far so b4d hahahahha, sebenarnya sedap suara Mika ni tau.. “

” Very talented lah, sedap suara, enjoy dengar… Ish ishh  awat sy pon ikut senyum tok sidang senyum, layan betul lagu ni.. “

” Napa dengar Mika menyanyi lagi sedap dari penyanyi asal, hehehe, kita dengar pun layan jer, semp0i dia tarik, power suara anak sis.. “

Woww memang sedap suara Mika, patut ramai warga netizen puji. Untunglah Sheila, ada anak bukan sahaja miliki suara yang sedap didengar, malah turut mempunyai rupa paras yang manis dipandang. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak berharap semoga Mika akan terus berjaya dalam bidang yang diceburinya dan menjadi anak kebanggaan kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sheila Rusly, Luthmikhail

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..