” Petang ni berbuka di RNR, lain macam berbuka.. ” – Ustaz Ebit Lew

Ustaz Ebit Lew Kongsi Perasaan Setelah Keluarga ‘Khemah’ Berjaya Dibantu. Lokasi Berbuka Ustaz Ebit Buat Netizen Tersentuh. Ya Allah, Betul-Betul Zuhud !!

Usaha dan perjuangannya kembali menyinari kehidupan insan lain. Perkhabaran kelulusan khas buat Ustaz Ebit untuk memberikan bantuan ketika PKP masih berlangsung melegakan banyak hati. Mendapat berita tentang sebuah keluarga yang amat memerlukan di Kedah, Ustaz Ebit memulakan jihadnya kembali.

Diceritakan seawal pagi setelah selesai bersahur, beliau segera bertolak ke Baling bagi memberikan bantuan buat sebuah keluarga ini. Hanya mampu berteduh di bawah pondok kecil seperti khemah yang dibina di tengah ladang getah, keluarga ini berjuang meneruskan kehidupan.

Tanpa bekalan air hanya menadah air hujan untuk kegunaan harian, sayu hati Ustaz Ebit melihat wajah anak-anak kecil yang sudah merasai kepayahan hidup. Lantas diusahakan segera olehnya untuk memindahkan mereka ke rumah yang selesa dan selayaknya digelar rumah.

Menerusi akaun Instagram, Ustaz Ebit Lew telah berkongsikan sekeping gambar beliau bersama cerita pengakhiran keluarga ini. Jelas kelihatan senyuman yang dinanti-nantikan peminat tanda puas kejayaannya pada hari ini. Hanya berbuka puasa bersama para pemandu lori, betapa tinggi nilai seorang yang sudah ada taraf dan darjatnya yang tersendiri namun tetap berpijak di bumi yang nyata.

Jom baca perkongsian di bawah :

Rata-rata netizen gembira dan memberi kata sokongan buat Ustaz Ebit. Antara komen-komen netizen :

” Teruskan perjuangan ustaz.. “

” We stand with you ustaz, teruskan berdakwah. Kami doakn kesejahteraan ustaz in sha Allah, dunia dan akhirat, amin.. “

” Idola . Semoga diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan amin.. “

” Semoga dipermudahkan urusan ustaz.. Hati yang baik semua orang sayang.. “

” Alhamdullillah , ustaz ebit lew is back.. “

” Allahuu. Betapa baiknya hatinya ustaz. Semoga ustaz trus diberikan kekuatan Dan kesihatan sepanjang Masa.. “

” Alhamdulilah ustaz terus kan saya sokong ustaz.. “

Senyuman di wajah Ustaz Ebit sudah cukup menggambarkan perasaan gembiranya kerana dapat membantu meringankan beb4n keluarga ini. Semoga perjuangan ini tidak akan terhent1 lagi kerana has4d dengk1. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Ustaz Ebit sentiasa dipermudahkan Allah dalam berjihad ke jalan-Nya. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ebit Lew by Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..