” Perangai atok-atok yang terlebih gula. Hahaha.. ” – Achey Bocey

Dato’ Aznil Hj Nawawi Kongsi Video Unbox Hadiah Yang Dibeli Untuk Cucu Kembarnya, Raeez Dan Reefa. Alahai Ni Atok Yang Terlebih Excited, Lawak Lah Pak Nil. Dah Macam Profesor Kl0n !!

Datuk Hj Aznil Hj Nawawi sememangnya antara pengacara, pelakon dan bekas penyampai radio yang terkenal di Malaysia. Lebih selesa dengan panggilan Pak Nil, Pengacara Rancangan Tom Tom Bak ini sememangnya mempunyai peminat dari pelbagai peringkat usia. Sikap Pak Nil yang yang periang disenangi ramai.

Pak Nil sememangnya mudah mesra dengan kanak-kanak. Tidak hairanlah, Pak Nil melayan cucu kembarnya, Raeez dan Reefa dengan sangat baik. Video terbaru yang Pak Nil kongsikan di Instagram miliknya apabila Pak Nil begitu excited membuka hadiah yang dibelikan buat cucu kembarnya sehingga menarik perhatian netizen.

Pak Nil dalam videonya menyatakan barang inilah adalah yang paling besar Pak Nil beli secara online. Bertuah betul si kembar dapat hadiah istimewa daripada atok tersayang. Yang kelakarnya, Pak Nil siap buat demo lagi boleh duduk, boleh baring. So cute lah hadiah Pak Nil ni.

Di hujung video turut dikongsikan gambar Raeez dan Reefa duduk di atas kerusi kartun boleh lipat yang diberikan oleh Pak Nil sambil menonton televisyen. Pastinya Pak Nil berasa sangat gembira apabila cucu-cucunya itu menghargai pemberian daripadanya.

Jom ikuti perkongsian video di bawah :

View this post on Instagram

Elok2 ya dua ketul #atok2 ni @raeez_._reefa

A post shared by Datuk Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawihm) on

Perkongsian Pak Nil mengingatkan netizen kepada Profesor Klon. Pak Nil pula kelihatan terlebih seronok. Antara komen-komen netizen :

” Hahahaha perangai atok2 yang terlebih gula.. ” – Achey Bochey

” The best atok ever.. ” – Zarina Zainuddin

” Bila dengar gelak tu aku terbayang professor kl0n cicakman tu.. “

” Haha teringat tok nil gelak mcm tuh. Teringat movie cicakman masa kecik.. “

” Dato gelak dari citerr cicakman tak pandai ubah hahaha.. “

” Atok nya yg excited barang dah sampai.. “

” Lama tak dengar professor klon gelak.. Hahaha.. “

Sebelum ini Pak Nil pernah berkongsi video Raeez dan Reefa yang tidak ‘ngam’ dengannya. Kali ini Pak Nil siap berseloroh walaupun cucu tak melayannya, Pak Nil tetap mahu berikan hadiah tersebut. Semoga lepas ni Raeez dengan Reefa jadi semakin rapat dengan Pak Nil yer.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Aznil Nawawihm

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..