” Penat gelak masing-masing character sangat, haha.. ” – Netizen

Video-Video Penyampai Radio Era Berlakon Kenangan Budak Sekolah Buat Ramai Terhibur. Alahai Mengimbau Kenangan Betul Lah. Lawak Sungguh Masing-Masing. Paling Comel Tengok Ray Berlakon Jadi G4ngster, Haha !!

Kalau menjengah ke akaun Instagram Radio Era, pelbagai video kelakar dikongsikan mengenai telatah penyampai-penyampai radio seperti Pak Azad, Nabil Ahmad, Radin dan lain-lain sehingga membuatkan yang menonton akan terhibur.

Terbaru, radio Era telah memuatnaik beberapa video yang memaparkanĀ  geng 3 pagi Era berlakon mengimbau kenangan ketika bergelar pelajar sekolah dahulu. Video pertama Nabil telah melakonkan watak sebagai pelajar ‘ kaki kar0k ‘, manakala Pak Azad membawa watak ‘ tukang support bising ‘ dan Radin pula bergelar ‘ budak skema’ ketika guru tiada di dalam kelas.

Manakala menerusi video kedua pula memaparkan Ray dan Hanis menjadi budak g4ngster sekolah yang suka membul1 rakan-rakan. Video lain pula memaparkan situasi adik angkat yang mahu meminta biadota abang angkatnya (lakonan Nabil) .

Perkongsian video-video tersebut telah menarik perhatian warganet. Ada yang menyatakan melihat lakonan penyampai-penyampai radio terus mengimbau kenangan mereka ketika sekolah dahulu. Sehingga kini video-video itu telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video- video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dengan telatah penyampai-penyampai radio ketika membawa watak sekolah. Antara komen-komen menarik adalah :

” Penat gelak masing-masing character sangat, haha.. Pak Azad walaupun rambut beruban tetap nampak muda macam budak sekolah.. “

” Kes adik angkat tu memang kelakar, terus aku teringat masa sekoloh dlu, byk juga adik angkat aku ada, haha.. “

” Dengan style masing-masing, memang auto teringat kenangan sekolah dulu.. Kejap dah tua kan kita semua, hehe.. “

” Sekali tgk gaya Abg Ray mcm imam masjid, hahahaaahaha.. Aku dulu geng kaki karok siap bawak buku lirik lagu kat sekolah pastu kne ramp4s dgan ustaz.. “

” Saya budak kapel 1 kelas. Dah la kita ni pengawas sekolah yg berjawatan, eh… KapelĀ² pulak… Mana laaa cikgu Disiplin, cikgu HEM & Cikgu Kaunseling tak panasss, heehe.. “

” Tengok gambar bertiga tu terus tahu Pak azad – budak nakal, Radin – Pengawas, Nabil – budak nerd hahahaha.. “

” Lama tak nmpak style rambut bel4h tengah, hahahahaha hanya budak2 sekolah tahun 90-an ja yang tahu kan fesyen ni.. “

Memang menggamit kenangan betul lah menonton video-video yang dikongsikan oleh Radio Era ni. Penyampai-penyampai radio betul-betul menjiwai watak yang diberikan kepada mereka. Mesti ramai yang merindukan zaman kanak-kanak kan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG era.je

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..