” Penat dah, tolonglah. Saya tak halalkan. See you in court !! “

Zulin Aziz Nekad Saman Orang Yang Ambil Kesempatan Terhadapnya. Eh Dah Kenapa Tu, Mar4h Betul Ni ?

Sekarang kalau kita lihat banyak sangat produk pelangsingan badan yang dikeluarkan di pasaran. Malah promosi terhadap produk itu juga makin menjadi-jadi di media sosial untuk pemasaran. Ada saja idea pemasaran peniaga lakukan untuk mempromosikan melariskan produk mereka ini.

Tidak salah untuk menjual dan mencari idea melariskan produk, tetapi menjadi satu kesalahan apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan gambar orang lain tanpa kebenaran untuk mempromosikan  produk mereka di laman media sosial.

Antara yang sering menjadi mangs4 golongan ini adalah selebriti tanah air termasuk Zulin Aziz. Beliau yang memulakan kerjaya lakonan pada 2009 selepas bakatnya dicungkil oleh Datuk Rosyam Nor menerusi rancangan pencarian bakat baharu dalam bidang lakonan, Pilih Kasih musim pertama .

Farah Azleenda Abdul Aziz, 31, menerusi Instagramnya telah berkongsi posting terbaru bahawa beliau sudah letih untuk bersabar akan pihak yang telah menggunakan gambar beliau untuk mempromosikan produk tanpa kebenarannya. Zulin turut menegaskan beliau akan menyaman pihak terbabit.

Ikuti perkongsian Zulin di bawah :

Rata-rata netizen menyokong tindakan Zulin itu untuk mengambil tindakan undang-undang. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Grrrr saman saman sama..”

” Terbaikkkkk sis… Kasi ajar.. “

” Ramai yg mcm ni. Saman je Zulin. Makin dibiar makin melamp4u2.. “

” Pls.. Saman je dik. Makin menjadi2. Camana rezeki nak berkat.. “

” Sbb tu la x pcya ngn produk2 mcm nie.. Suka cur1 gmbr org utk lariskan produk die…. Tah pape je.. “

” Well said… Senang je kaut keuntungan.. “

” Alahai…. Nk kaut untung mudah… Tak berkat rezeki tu.. Sabar lah Zulinaziz… “

Mar4h betul Zulin kali ini. Kan dah kena, jangan main-main, bila tahap kesabaran dah tiada, berkali-kali berulang memang tiada maaf bagi mu lah jawapannya. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga segala urusan Zulin dipermudahkan. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zulin Aziz by Berita Kopak / Oh Kopak

Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak/ Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..