” Pekat sangat utara tu. Ecah lupa lirik ke tu.. ” – Netizen

Video Aaisyah Dhia Rana Yang Menyanyikan Lagu Empat Dara Buat Peminat Terhibur. Pandai Pulak Buat Lirik Sendiri Bila Terlupa Lirik Yer Ecah.. !!

Seperti satu fen0mena apabila lagu dendangan Elly Mazlein dalam drama bersiri Kampung People berjudul Empat Dara mula menjadi ikutan ramai orang untuk menyahut cabaran menyanyikan lagu tersebut. Antara selebriti yang turut menyahut cabaran ini ialah Fizz Fairuz, PU Azman, Faizal Tahir dan ramai lagi.

Pelbagai gaya dipersembahkan oleh selebriti-selebriti tersebut yang begitu menghiburkan. Turut tidak ketinggalan, ada juga kanak-kanak yang menyahut cabaran tersebut. Aaisyah Dhia Rana iaitu anak kepada Rozita Che Wan dan Zain Saidin juga cuba menyanyikan lagu ini.

Aaisyah menyanyikan lagu ini dalam versinya sendiri dan video tersebut telah dikongsikan di akaun Instagram miliknya. Video yang berdurasi beberapa saat itu menunjukkan gaya santai Aaisyah duduk di atas pondok sambil menyanyikan lagu Empat Dara.

Nampaknya Aaisyah berani ye menyahut cabaran Kak Lina P0m P0m. Agak-agaknya apa respon Kak Lina selepas menonton video ini. Tengah-tengah menyanyi tu terlupa lirik pandai pulak cover dengan lirik sendiri yer. Haha, pandai cover nampak macam betul jer tu !!

Jom tonton video di bawah :

Ditambah lagi dengan Loghat utara Aaisyah ketika menyanyikan lagu ini menambahkan lagi perhatian peminat. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Pekat sgt utara tu.. duduq pon duduq lah .. haa, masuk.. lupa lirik ka tu.. hahahaha.. Yela… g la duduk tepi sungai tu cah oiiii…

” Kakak terhibur.. sedap suara ecah.. Empat dara duduk di tepi sungai… jom mandi sungai… air takdakk… haaa masukk.. “

” Haha. comel walaupun rupa lirik.. org utara pun tak duduq ecah.. ecah pandai nyanyi walaupun lirik sendiri.. “

” Macam mak-mak panggil anak-anak masuk rumah. ha comel lah ecah .. Ad0i ecah lupa lirik ke tu. konfiden habis. ecah comel sangat lah.. “

” Lidah inggeris ke kedah cah. comel cah menyanyi walaupun macam pelat r jer.. Lupa lirik ke tu, comel la.. Ke laut.. Hahaha.. “

” Berapa banyak duduk kat tepi sungai tu ecah.. Aunty teringat papan di jawa. Papan di jawa.. Papan di jawa.. Kelaut pun akk terhibur.. “

” Hai kenapa lirik ke laut sayang tu. Memang tak boleh dipertikai memang orang utara. Sorry tergelak besor… Hahahahaha.. “

Wah, Aaisyah pun tak nak kalah ye. Kita tunggu apa pula respon Kak Lina dengan gaya nyanyian santai Aaisyah ni. Apa pun, nyanyian Aaisyah ini telah menghiburkan para peminatnya. Loghat utara tu tetap tak boleh tinggal ye Aaisyah !!

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aaisyah Dhia Rana

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..