” Pekat molek loghat tu Ecah oii.. “

Vide0 Aaisyah Dhia Rana Bercakap Dalam Loghat Kelantan Buat Ramai Yang Terhibur. Wah, Hebatlah Aaisyah !!

Aaisyah Dhia Rana merupakan si cilik yang sering menjadi perhatian di laman sosial. Aaisyah sering dipuji netizen kerana begitu fasih berbahasa melayu berbanding dengan anak selebriti lain yang lebih memberi tumpuan dalam berkomunikasi dalam bahasa inggeris.

Aaisyah juga fasih bercakap dalam loghat utara kerana Che Ta sering berkomunikasi dalam loghat Kedah bersama Aaisyah. Selain itu, Aaisyah turut tidak ketinggalan dalam bahasa Inggeris di mana dia boleh berkomunikasi dengan begitu baik sekali.

Aaisyah kini sudah berusia lima tahun dan semakin petah berkata-kata. Che Ta sering berkongsi video Aaisyah di laman Instagram milik Aaisyah. Sehingga kini seramai 1.5 juta orang yang mengikuti laman Instagram Aaisyah. Populariti Aaisyah setanding ibunya, Che Ta.

Menerusi akaun Instagram, video Aaisyah bercakap dalam loghat Kelantan telah dikongsikan. Aaisyah bertanya sama ada kawan kepada ibunya, Che Ta yang bernama Afeeq sama ada merupakan seorang lelaki atau perempuan. Amboi, pandai Aaisyah kecek Kelantan ye.

Jom tonton video di bawah :

View this post on Instagram

Cc @afeeqiqnarcio

A post shared by AAISYAH DHIA RANA (@aaisyahdhiarana111) on

Rata-rata netizen terhibur mendengar Aaisyah bertutur dalam loghat Kelantan. Antara komen -komen mereka :

” Pandai adik ckp melayu.. “

” Luculaa ecahh.. jate ko tino.. “

” Aaisyah.. npe comel sgt ni? “

” Jate ko tino ? Pekat molek loghat tu ecah oii.. “

” Comel lah ecah.. “

Wah, pandainya Aaisyah bercakap loghat Kelantan pula. Lepas ni Aaisyah boleh cuba loghat negeri-negeri lain pula. Teringin juga admin nak dengar. Nampaknya Aaisyah ni mudah mengikut apa jua loghat negeri tanpa pel4t. Hebatlah Aaisyah !!

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aaisyah Dhia Rana by  Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh  OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..