” Patutlah tengok nasi arab tak lalu makan.. ” – MUA Bellaz

MUA Bellaz Kongsi Berita Gembira Umum Bahawa Dirinya Kini Sah Hamil Anak Ke-4. Hadiah Terindah Buat Bellaz Dan Suami Di Tanah Suci. Tahniah Bellaz !!

Baru-baru ini telah kami kongsikan bahawa jurusolek popular, MUA Bellaz telah berangkat bersama keluarga menunaikan ibadah umrah. Malah bagi yang mengikuti Bella di Instagram sekarang pasti mengetahui yang dia juga sering berkongsi perkembangannya di tanah suci.

Terbaru, menerusi posting Bellaz dan suaminya, Anuar Ahmad telah berkongsi berita gembira bahawa mereka bakal menimang cahaya mata yang ke-4. Kongsi Bellaz pada kapsyen bahawa dirinya sekarang tidak lalu untuk makan nasi arab, rupa-rupanya baru dia tahu bahwa dia sedang hamil.

Malah kongsi suami Bellaz pula, sebelum berangkat ke tanah suci, Bellaz telah membuat ujian kehamilan namun keputusan yang diperolehi adalah neg4tif. Anuar juga memanjatkan kata syukur bahawa kurniaan tersebut adalah hadiah ketika mereka menunaikan ibadah umrah.

Seloroh Anuar, dengan rasminya anak kecil mereka yang dikenali sebagai Yusuf sudah bergelar abang. Untuk sekadar info, pasangan ini telah pun memiliki tiga orang cahaya mata iaitu Iris Alisya, Mohd Aidil Mikhali dan Muhammad Aisy Ean Yusuf.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, telah dib4njiri dengan ucapan tahniah dan rata-ratanya mendoakan Bellaz serta kandungannya sentiasa dalam keadaan baik. Antara komen-komen netizen adalah :

” Alhamdulillah, Aminnnn. Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberikan rezeki ,kesihatan, kebahagiaan di dunia dan akhir4t.. “

” Tahniah Bellaz, alhamdulillah rezeki di tanah suci. Semoga Bellaz dan kandungan sentiasa dalam keadaan sihat, amin.. “

” Tahniah kak Bella, yeayy Yusoff dah jadi abang lah yer. Comel2 anak2 Bellaz. Doakan kami juga dikurniakan zuriat ya Bella.. “

” SubhanAllah Alhamdulillah Amin Amin Amin. InsyaAllah kurniaan rezeki bakal cahaya Mata Bella Dan Nuar Kali ni gegirl, insyaallah.. “

” Alhamdulillah tahniah. Semoga dpermudahkan segala urusan mommy dan bby sampai melahirkan Amin .. “

” Tahniah my idola. Semoga mama dan bakal baby dikurniakan kesihatan yg baik2 saje. Syoknye Yusuf nk jadi abang dh.. “

” Alhamdulillah tahniah rezeki anak ketika dlm perjln kaabah. Alhamdulillah syukur pada Allah swt kerna memberi kekuatan ampa sekeluarga na.. “

Wahh patutlah berseri-seri wajah Bellaz, rupanya sedang hamil. Apa-apa pun, kami dari Oh Kopak turut mengucapkan tahniah kepada Bellaz, semoga Bellaz serta kandungan sentiasa dalam keadaan sihat dan segala urusan Bellaz di tanah suci sentiasa dipermudahkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG MUA Bellaz, Anuar Ahmad

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..