” Part ‘sentuhanmu’ merem4ng wei. Love g1la, haha.. ” – Netizen

Video Syafie Naswip Bersama Rakan-Rakan Pelakon Lain Menyanyikan Sebuah Lagu Tarik Perhatian Warganet. Kemain Semangat Menyanyi Masing-Masing !!

Bagi yang mengikuti perkembangan pelakon berbakat besar bernama Syafie Naswip pasti tahu yang Syafie suka berkongsikan video menari lagu Bollywood. Sangat minat dengan lagu-lagu dari negara tersebut, Syafie ini boleh dikatakan turut memiliki bakat menari lagu-lagu hindustan.

Meninjau di akaun Instagram Syafie, telah berkongsi satu video yang memaparkan dirinya bersama barisan pelakon lain seperti Hun Haqeem, Meerqeen, Fimie Don dan Sara Ali menyanyikan sebuah lagu bertajuk ‘Bila Rindu’ nyanyian asal daripada kumpulan Ruffedge.

Video itu telah menarik perhatian ramai kerana kelihatan kesemua mereka sangat rapat dalam sebuah persahabatan. Difahamkan lagu tersebut dinyanyikan sebagai kenangan setelah beberapa bulan mereka bekerjasama dalam penggambaran sebuah filem bertajuk Nenek Bongk0k 3.

Semestinya hubungan erat berbulan semasa di lokasi dan apabila berp1sah masih terasa saat bersama-sama. Menerusi perkongsian Syafie itu, sehingga kini telah ditonton lebih 125,000 ribu tontonan sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, selain menyukai video nyanyian Syafie dan rakan-rakannya, ramai yang memuji keakraban mereka sebagai sahabat. Antara komen-komen menarik adalah :

” Part ‘sentuhanmu’ merem4ng wei, love g1la, haha. Suka lah korang punya friendship, tak sabar nak tengok lakonan korang.. “

” Woww sedap. Memang nampak di situ eratnya hubungan mereka dah macam satu keluarga. Bila nyanyi ‘ bila rindu ‘ ni pun bunyi harmoni saja.. “

” Pasti masing-masing akan rindu satu sama lain, ye lah lama kan sama2 berkampung sho0ting kan.. “

” All the best semua. Syahdu je tengok masing-masing nyanyi, mesti video ni jadi kenangan korang nanti kan.. “

” Habislah korang susah nak move on, ambik masa berbulan juga lah kalau nk hilang rindu korang ni semua, hehe.. “

” Alahai comel je masing-masing punya reaksi bila nyanyi. Suka tengok dah semua dah macam adik beradik lah.. “

” Lagu zaman masa saya sekolah tu, selalu nyanyi ramai ramai dalam kelas. Pastu habis sekolah terus rasa rindu dengan kwn2 lain bila dengar lagu ni.. “

Wah bersemangat masing-masing menyanyikan lagu tu, boleh lah video ini dijadikan kenangan buat Syafie dan rakan-rakan sekiranya rindu. Apa-apa pun, semoga ikatan bersahabatan semua pelakon ini akan terus kekal hingga selamanya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG syafienaswip

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..