” Papi dia risau cucu perempuan dia. Ikut merata.. ” – Netizen

Nurul Depp Kongsi Video Anaknya, Isabella Sudah Boleh Berjalan Sendiri Namun Gelagat Bapa Mertua Nurul Tarik Perhatian Ramai. Alahai, Punyalah Dia Tak0t Cucu Dia Jat0h !!

Setiap ibu dan bapa pastinya menanti saat-saat perkembangan anak melalui fasa tumbesaran mereka. Bermula daripada meniarap, duduk, merangkak dan akhir sekali berjalan merupakan momen-momen indah yang dinantikan. Setiap fasa perkembangan anak adalah berbeza.

Begitulah yang dikongsikan oleh selebriti Nurul Depp di mana beliau sering berkongsi perkembangan anak-anaknya di laman Instagramnya. Beliau mempunyai tiga orang anak melalui perkahwinan keduanya bersama jejaka Perancis, Eric Daniel Depp.

Nama anak-anak pasangan ini ialah Zachary, Raphael dan Isabella. Apa sahaja gelagat anak-anaknya akan dikongsikan dan sering mendapat perhatian netizen. Nurul kini menumpukan perhatian keluarga dan sudah lama menyepi dalam dunia seni.

Menerusi akaun Instagram, Nurul berkongsi video anak bongsunya, Isabella yang sudah boleh berjalan sendiri. Menurut Nurul, Isabella lagi seminggu akan berusia setahun. Wah, Isabella nampak gembira dapat berjalan mengelilingi rumah.

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata netizen gembira melihat perkembangan Isabella dan gelagat bapa mertua Nurul turut menarik perhatian. Antara komen-komen mereka :

” Wah, Isabella dah boleh jalan.. “

” Atok dia bimbang.. Isabella yeay.. “

” Yeah Isabella dah boleh menapak. Seronoklah dia.. “

” Bagus Isabella. Jat0h bangkit jat0h bangkit. Papi dia risau cucu perempuan dia. Ikut merata. Syg sungguh.. “

” Seronok papi main dgn cucu. Mai dok sini terus la.. “

” Well done Isabella.. “

Alahai, comel sangat Isabella jalan terkedek-kedek. Kuat semangat sungguh Isabella ni kerana walaupun jat0h tetap bangun dan berjalan. Nampaknya atok begitu sayang akan cucunya ini sanggup ikut merata Isabella berjalan. Semoga Isabella terus membesar dengan sihat dan ceria.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nurul Depp by Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh  OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..