” Pandainya baby Rayyan, aunty adore lah.. ” – Netizen

Elfira Loy Kongsi Video Anaknya, Muhamad Rayyan Khalaf Yang Kini Berusia Hampir 2 Tahun. Comelnya Rayyan, Dah Pandai Menyebut Perkataan Berdasarkan Huruf. Namun Pesanan Elfira Di Ruangan Kapsyen Raih Perhatian Peminat !!

Pelakon yang kecil molek bernama Elfira Loy cukup sinonim dengan panggilan Gadis Bertudung Hijau. Elfira telah mendirikan rumahtangga bersama dengan Muhamad Faris Khairol Anuar dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhamad Rayyan Khalaf kini hampir berusia 2 tahun.

Meninjau ke laman Instagram miliknya, telah dikongsikan video Rayyan bersama Elfira. Rayyan yang mengenakan t-shirt berwarna coklat sedang duduk di atas kerusi. Elfira kemudian menyebut huruf ABC dan kemudian Rayyan menyebut perkataan. Rayyan menyebut perkataan itu dalam bahasa Inggeris dan dengan betul sebutannya.

Elfira sempat memuji anaknya selepas Rayyan selesai menyebut perkataan mengikut huruf. Kemudian Elfira menyanyikan lagu ‘nursery rhymes wheels on the bus’ kepada Rayyan dan boleh dilihat tangan Rayyan turut membuat aksi tangan seperti dalam lagu tersebut.

Elfira menerusi kapsyennya memohon maaf kepada ibu bapa yang merasakan video Rayyan membuatkan mereka rasa str3ss and r1sau dengan perkembangan anak masing-masing. Elfira turut menerangkan kepada peminatnya bagaimana Elfira mengajar Rayyan. Elfira turut berpesan supaya tidak membuat perbandingan antara anak mereka dengan anak orang lain.

Jom tonton video di bawah:

Rata-rata peminat Elfira bersetuju dengan pendapat Elfira. Ada juga yang berkongsi pengalaman masing-masing. Antara komen-komen peminatnya:

 ” So in love wth this.. True enjoy the moment.. Mommy out there suka compare dgn anak orang lain..  Just be fun and dont feel so stress bila anak tak pandai itu ini.. “

” The way el sebut beep beep is cuter.. Hahaha.. Clever boy rayyan.. Same to my son.. Nyanyi same2.. Musim pkp ni la byk masa terluang bersama anak elfiraloy.. “

” Betul sangat elfiraloy.. Tq sharing dgn kami.. boleh sy tahu brpa umur rayyan yer el ?.. Mashaallah comel sgt la rayyan.. Tak mcm setaun.. besar budak cerdik ni.. “

” Pandai nya baby rayyan aunty adore la.. hahaha.. sama.. Bila kita soal anak abc lepas tu tiba2 lupa huruf apa.. Ya betul.. Kita tak boleh nak samakan anak kita dengan anak orang lain..”

” Omg genius nya rayyan.. Sama la.. anak sy pun bljr dr ABC song.. rasa happy sngt sbb 2tahun da kenal A-Z .. bljr dr tngk youtube juga.. tp dlm pngwsan parents la.. “

” Rayyan umur brp.. clever boy rayyan.. Yes.. Babies are smart.. Dorg belajar ikut cara tersendiri dan everything yg dorg buat sbenarnya dorg tgh belajar sesuatu.. “

” Setuju dgn El.. Indeed.. babies memang smart.. yg penting sbgai parents kena sabar dalam ajar anak anak.. mmg da bijak cara ibu bapa corak kan anak tu mcm mna.. “

Memang nampak bijak Rayyan walaupun baru setahun lebih usianya. Betul apa yang dikatakan Elfira, sebagai ibu bapa jangan bandingkan anak kita dengan anak orang lain disebabkan perkembangan setiap anak ini berbeza-beza dan tidak sama antara satu sama lain. Just enjoy moment dengan anak-anak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Elfira Loy

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo OH Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..