” Pandai dia ambil hati daddy, pewaris bakat daddy ni.. ” – Netizen

Fedtri Yahya Kongsi Video Anak Lelakinya, Ahmad Wildan Arjuna Membaca Kad Ucapan Selamat Ulangtahun. Wah Juna, Sudah Nampak Ciri Pengganti Daddy Ni, Tetapi Pemalu Sangat Rupanya !!

Hari ini tanggal 2 Ogos merupakan hari ulangtahun kelahiran pengacara terkenal, Ahmad Fedtri Yahya. Hari ini juga membuka lembaran baru buat Fedtri apabila mula bertugas sebagai penyampai radio di konti Buletinfm.

Meninjau akaun Instagram Fedtri Yahya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sambutan hari lahirnya ini bersama keluarga di rumah. Dalam video pendek ini, kelihatan anak lelakinya, Arjuna membacakan ucapan yang ditulisnya pada sekeping kertas khas untuk Fedtri.

Untuk makluman, Arjuna kini sudahpun berusia 7 tahun dan kanak-kanak yang suka bercakap. Petah dan ada sahaja soalan cepu emas yang ditanyakan oleh Arjuna kepada Fedtri membuatkan peminat sering terhibur dengan telatah Arjuna.

Sudah lancar membaca, Arjuna memberitahu dia suka dan sayang akan daddynya kerana selalu melayaninya bermain. Arjuna juga memberikan c1uman di pipi Fedtri namun mengelak apabila Fedtri ingin menguc0pnya kembali.

Jom tonton video di bawah :

Gelagat Arjuna dan Fedtri ini telah mendapat perhatian daripada peminat dan sehingga kini sudah lebih 9000 tanda suka direkodkan. Antara komen-komen peminat :

” Happy birthday abang Fedtri Yahya. Dedy yg hebat. Anak lelaki memang pay4h bab kena c1um ni kan haha.. “

” Membaca sambil tunjuk, laju dia baca. Comel la Juna ni, pandai dia ambik hati daddy ni. hehe anak yang soleh insha Allah.. “

” Alahai comelnya juna membaca, kita pulak tersenyum-senyum tengok gelagat Juna dengan daddy ni. Pandai eh mengelak Juna.. “

” Alahai comelnya Juna membaca, pengganti daddy suatu hari nanti ni. Alahai malu malu pulak Juna, anak soleh daddy ni dah besar.. “

” Hebat macam daddynya, sweetnya Juna ni. Semoga murah rezeki Tuan Fedtri Yahya, selamat ulangtahun yang ke 40.. “

” Halah halah comelnya Juna, pewaris bakat daddy ni. Sudah nampak tanjak pewaris hehe. Sanah Helwah en Fedtri Yahya.. “

” Alah dia dah tahu malu tak nak kena c1um depan kamera hehe. Comel lah Juna l4ri bila daddy nak c1um dia, muka dah la sama macam daddy.. “

Lancar sungguh bacaan Arjuna ni, sweet sahaja bacakan ucapan sendiri. Memang anak lelaki sebegitu sifatnya apabila meningkat usia, pemalu betul. Apa pun, sedikit sebanyak sudah nampak boleh menggantikan Fedtri suatu hari nanti. Ceria selalu Arjuna dan selamat hari lahir Fedtri Yahya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fedtri Yahya

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..